Monday, March 14, 2011

Trilogi cinta....

mesti ramai yg layan citer ni kan.. di TV1.. saya jarang tgk..sekali sekala je menjengah.. tapi mmg suka sgt ngan rosyam noor.. dia ibarat lelaki melayu terakhir kans.. dahla hensem.. romantik lak tuh.. lahaii...

hehe anyway ni bukan nak buat review citer tu..sbb saya tak tgk sgt..yg saya tahu..rosyam romantik.. n seha gedik.. tu jer.. tapi ni nak share lagu tema dlm citer tuh. beshhhh sangat..

tersentuh hati mendengarnya.. lepas je tgk citer trilogi tadi terus carik kat youtube... and dgr over n over again.. tak muak2.. sayu jekk... biasala..org lembut hati mmg cengeng sokmo :P

meh dgr sama.. cengeng sama2 ngan kaseh meh.. :P





ada version jeslina hashim tapi rasanya version ni lagi besh... ermm korang dpt rasa kan apa yg saya rasa skang.. :( , ke saya sorang jer... uwaaa.....

13 comments:

sekamar rindu said...

salam kak kaseh,

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah

kesimpulannya cete ni penuh dengan konfik/cinta/dendam kesumat..

** memang berlaku dalam masyarakat kita.

Cik Ina Do Do Cheng said...

makcik tak pernah layan cite tu lagi. kawan kat opis selalu cerita, katanya best.kaseh, tengok sekejap, dah feeling sayu.

Kakcik Seroja said...

Kakcik tidak mengikuti drama ini di TV tapi kakcik memiliki ketiga2 novel yang 'didramakan' itu. :)

maira said...

x tengok jugak, tapi baca sinopsis SR macam best jek :)

Ahkak Geli said...

mak mertua aku duk layan citer tu semalam..berebut ngan pak mentua aku nak tengok badminton...


macam tak seswai je lagu jiwang camni, lelaki botak gemuk jadi pelakon dalam vclip tu kan?hahahha

NurulHudaResad said...

boleh download la kak...hehe..kite pon x tgk..nak donlod je..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sy belum berpeluang lagi tgk citer nie..tp mmg ramai kata best kan

Dr K said...

saya tak tahu cerita ini.
Sekian.

~kikikiki...

ratusiput said...

pernah dgr pasal citer ni tp tak berkesempatan nk tgk n lupa bila citer ni.lgpun tv 1 tau je la...mmg jrg tgk.ehehe...tp jalan cite mmg sedih n mencabar jugakkan.pe lg rosyam nk belakon...lagu tu mmg sedap.sedih.

Dinas Aldi said...

tak tengok cerita tu tapi lagu ni syahdu sungguh..

huwaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!

mummysyafie said...

nor tak pernah ikut citertu kaseh..nak tengok dah tertinggal jauh dah..

Nur Hanani said...

Memang best citer ni.. Kisah yang berlaku dalam masyarakat kita skang ni. :)

Entri Terkini: Petanda Awal sebelum berlakunya TSUNAMI..

Love You Miss You said...

suker giler okay.....

syahdu jer!!