Sunday, March 6, 2011

Curahan Hati Kaseh

bila hati berbisik....

malam bertandang
hati berbisik mengenang
cerita derita yang daku pendam

kata menguji
cuba untuk kusudahi
berulang air mata membasahi

aku kini perlu berdiri
walau hakikatnya
pasti kan melukai

aku ingin
semua rasai
kerna pengakhirnya hidup
ku sendiri

oh Tuhan kau berikan aku
segala kekuatan
meneruskan perjalanan




Bahagiakah?? Deritakah?? Apa bezanya? ..... Mungkin bagi orang lain, besar bezanya. Tapi bagiku tiada bezanya. Bahagia itu derita dan derita itu bahagia.

Jika diberi pilihan, derita untuk kebahagiaan orang lain atau bahagia di atas penderitaan orang lain..yang mana satu menjadi pilihan? Mungkin ramai yang akan memilih bahagia di atas penderitaan orang lain.... Tapi bagiku, deritaku adalah untuk memberi bahagia. Aku bertahan..menanggung keperitan, kekecewaan, kelukaan..semua itu hanya kerna satu nama. Hanya kerana satu nama…kerana satu nama…Sampai bila pun tiada bahagia untukku. Sebab sejak azali lagi aku tidak pernah memilih bahagia untukku.

Seumur hidupku pun tidak pasti bila bahagia itu akan datang. Sebab ini jalan yang kupilih Aku tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Cuma yang kutahu, di saat airmata ini gugur, tiada siapa di sisi, hanya jari jemariku yang menyeka airmata itu. Tiada siapa yag memujuk, kerna hatiku sendiri terpujuk dengan kesaljuan mutiara yang gugur di tapak tangan.
. . .

12 comments:

maza said...

Opps.. fulaks..

apa2 hal pun maza ucapkan yg baik2 sahaja gitew.. huhuhu

Kaseh said...

maza : luahan rasa seminggu sekali jek nih.. :P takleh hari2.. anyway thanx ya..

h4ni3 said...

tarik kerusi... duduk depan kaseh..

capai tisu..



"meh sini aku lapkan.. isk iskk... abes comot mekap ko ni ha.. dah, jangan nanges!"


=)

Kaseh said...

hanie : haha ko ni.. malam2 aku tak pakai mekap beb.. :P thanx dear..

Cik Wanie Ghani said...

uish,
wanie x sanggup dgr lagu ini,
x tau pasai pa,
kalau dgr comfirm akn menitis airmata ini,
owh tidakkkkkkk

rasp said...

sumtimes it's good to let it out...
jgn dipendam sgt perasaan tu...
you've got lots of friends ready to offer their shoulder...
need mine?

maira said...

kelu... x terucap kata2... memang hanya yang merasai lebih mengetahui.. yakinlah, suatu masa nanti pasti bahagia yang dicari akan tiba jua... bersabar ye kaseh :)

Kaseh said...

wanie : akak salu kalau dgr dalam keta sure melalak..lagu ni pelik la..sensitif

Kaseh said...

rasp : kadang2 kita rasa kita kuat..boleh pendam sorang2..tapi sebenarnya tak..bila dah terlalu byk yg dipendam..ni la jadiknya.. :(

Kaseh said...

maira : insyALLAH...mudah2an...:)

Dinas Aldi said...

aku ni bab pujuk orang mmg fail. tapi aku harap ko menemui kebahagiaan jugak akhirnya beb, insyaallah!

eyna azmi said...

insyaallah mudah mudahan ..amin...