Friday, May 29, 2009

The Biggest Loser - Contestant


Salam,

Sorry lama tak update. Being bz lately...biasalah dah dekat hujung2 bulan mmg macam ni..
anyway saya cuma nak update tentang TBL contest tu..

Today (29 May 2009) is the last day for u all to register eh..sebab monday kita nak start weigh in da.. anyway saya akan tetap terima registration sampai tgh malam nati... so u all ada masa utk send details n pic.. tapi andaikata ada yg berminat jugak nk join tapi tak sempat nak hantar detail bulehla join jgk dan hantar detail selewat2nya 2 June 2009.

To those yg takde pic latest bulehla hantar gamba lebih kurang latest gak la.. bukannya apa..bila habis contest ni senang nak tgk transformasi anda semua.. Contest ni takde berat limit eh.. tak kira la berat anda berapa pun..yg penting anda tak puas hati dengan berat itu and nak kuruskan bg cantik lagi..

well actually contest ni diadakan pun hanya sebagai penyuntik semangat antara kita yg nak kuruskan badan..sambil2 kuruskan badan..kita bergumbira dan dapat hadiah..insyaALLAH..

Dan tidak ada limit contestant eh..sapa2 nak join..dipersilakan..

Disini saya nak listkan bakal contestant2 kita yg akan sama2 berjuang menuju transformasi:

1) Zulaikha
2) Zel
3) KimieHaikal
4) Nita
5) Regina
6) Nomi
7) Miss Reen
8) Kaseh
9) Mama Hawa ( Blog belum ada)
10) Nora (Blog belum ada)
11) Wong (Blog belum ada)

Ada lagi beberapa org yg berminat cuma belum siap blog katanya..ok sebenarnya kita akan ada TBL blog sendiri utk contest ni tapi still under construction (ampun..organizer sgt sibuk)..

So tunggu apa lagi.. meh la join The Biggest Loser contest!

Nak tahu tentang :

1) SYARAT2 PENYERTAAN - Klik SINI
2) HADIAH2 DITAWARKAN - Klik SINI Memandangkan ada hadiah TBL contest ni saya sponsor jadi andaikata saya menang, hadiah itu saya takkan amek eh.. saya akan bg kat 2nd place.. :) chewahh...macam menang ..insyaALLAH., bg saya hadiah paling bermakna ialah saya buleh pakai baju kahwin saya ngan cantiknyaa..


Untuk supporters2 merangkap penyuntik semangat rakan2 bloggers sekalian, anda dialu2kan utk memberi semangat dan motivasi membina utk semua contestant2 ni nati samada di personal blog mereka ataupun di TBL blog sendiri nati.. Jadi bygkanlah anda adalah JILLIAN & BOB!! yg bertungkus lumus memberi semangat kepada para contestant.

and the good news is... Anda juga (para supporters) bakal menerima hadiah jugak.. dan yg akan vote anda ialah para peserta TBL contest itu sendiri.. By the end of the game nati saya akan listkan nama2 regular supporters and contestant akan vote their fav JILLIAN or BOB... so share ur spirit with us..

Majulah TBL utk negara.. :P


p/s : Kalaulah berjaya transformasi diri ini, mesti hidup ini akan jadi berbeza kan....

Monday, May 25, 2009

PRIZES : The Biggest Loser Contest

Salam,

Cakk.. as promised entry kali ni saya kan bgtau antara hadiah2 yg bakal dimenangi oleh peserta2 TBL Contest kita utk season 1 ni(chewahh macam nak buat byk season plak kan..ehh mana tahu kan..ada rezeki..insyaALLAH)

Antara Hadiah yg Confirm utk pemenang THE BIGGEST LOSER contest ini adalah :


SERINITY SPA
SERINITY SPA - 6 Hours Package which includes :

1. Intensive Brightening Facial

2. 4 Steps Spa Full Body Treatment :
- Herbal Steam
- Full Body Massage
- Full Body Scrub
- Milk Bath

3. Pedicure & Manicure

COST : RM 400 ( Normal price for this package is RM700)
Valid kat mana2 branch Serinity Spa
Sponsored by Kaseh



KEBAYA/KURUNG BATIK


KEBAYA/KURUNG BATIK/Lace - Sepasang Baju kebaya/kurung batik/Lace (Belum Jahit)
Lebih kurang spt contoh kain didlm gamba diatas.
Sepasang je tau..saje letak 2 gamba bg meriah sikit nampak :)

COST : RM 200
Sponsored By Mama Kaseh (haha hasil bodek yg berjaya)



MAKE -OVER : By Makeup Artist




MAKE OVER : BY Make Up Artist (Amy Meera - Sentuhan Derina Team)
Astro & TV3 punya MakeUp Artist ni..(assistant jer wakakakak)
After penat diet, Dah kurus nati, kita makeover laa..sebagai kenang2an..
Gamba kat atas tu before n after MakeOver..Selalu makeover time nak kawen je kan..
This time jadi Winner TBL pun kena makeover..
This is the reason i ask for ur picture :)

COST : RM 150
(Puas ku Bodek AMY, and pasni nak bodek EYRA pulak utk buat makeover for 2nd n 3rd place )
So ni pun SPONSORED by AMY.. Thank U so much!


Jadi itu adalah hadiah2 yg confirm anda akan dapat andaikata anda jadi THE BIGGEST LOSER masa final weigh in nati..and insyallah akan ditambah lagi...anyway dont worry..dalam menjalani program selama lebih kurang 19 minggu ni nati akan ada byk lagi hadiah2 yg akan menyusul.. sebab since kita compete between bloggers je and masing2 jauh so takleh nak buat physical challenge and so on jadi saya akan buat challenge yg berbentuk lain pulak.. kalau ada sapa2 yg ada idea tentang cabaran2 yg patut kita buat bulehla emailkan idea anda pada saya wokeh...
and dibawah ni adalah diantara hadiah2 yg bakal dimenangi oleh peserta2 semasa cabaran mingguan yg akan diadakan..



Perfect Body FIR 5 in 1 (incl. Korset Lengan)




California Beauty SLIM N LIFT Silhouette :: RM60.00 (1pc)


Produk Hebat untuk Kempiskan Perut/Rampingkan Pinggang dengan sauna effect- Waist Trimmer



TUPPERWARE BRANDS



CROCS :)



MOVIE VOUCHER FOR 2 AT TGV CINEMA



SECRET RECIPE CAKE VOUCHER


SUBWAY SANDWICHES VOUCHERS



IKEA :)



*BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT*


*Edited : Selepas Cintahati membaca Entry ini td maka beliau terus menelefon saya dan dgn baik hati nya ingin mensponsor :

Percutian 3 hari 2 Malam (Studio Apartment ) di BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

alahaii..gamba diatas adalah hasil google tadi..camtu kot rupanya..hehe bolehla takat nak bawak famili beriadah... oh anyway entry masuk waterpark je korang bayar sendiri la eh.. :P so ni adalah hadiah yg confirm dapat cuma saya taktau lagi samada nak letak kat grand prize or weekly prize. Tgkla nati.. buat cintahati.. abg, luv u so much sayang..thank you..for supporting me...:)


AND MANY2 MORE PRIZES TO WIN...

Those kat atas ni adalah prizes2 yg insyaALLAH akan pihak penganjur usahakan sepanjang progam TBL contest ni berjalan.. yg 3 prizes kat atas sekali tuh confirm dapat ..yg kecik2 kat bawah tu dalam process membodek..haha.. anyway all the best.. (alaa b4 ni pun korang diet tak dapat hadiah apa2 kan.. kali ni extra sikit je..diet n dapat hadiah)

List hadiah akan dikemas kini dari masa ke semasa..

Sponsor2 dari rakan2 bloggers adalah amat dialu2kan.. kalau ada just email me ok..

okay..tunggu apa lagi... register lar... tak rugi apa pun kan kan kan..


P/s : Utk cintahati : abg janji nak sponsor Vacation Package kan kan kan :P dapat 3h 2m kat PD pun jadikla... harus bodek ni..!!



















































Friday, May 22, 2009

Malaysian Blogger - The Biggest Loser Contest

Salam..

Syukur alhamdullillah nampaknya ada sokongan dari rakan2 semua..terima kasih pada semua ehh..so memandangkan ini kali pertama saya organize contest sebegini jadi mungkin akan ada byk kekurangan tau so insyallah saya akan perbaiki dari masa ke semasa..and thanx to Ika and my cintahati yg sanggup volunteer utk tolong handle TBL contest ini...

Diantara syarat2 penyertaan adalah:

1. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia, tak kira sama ada lelaki atau perempuan yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pertandingan ini akan dilakukan secara ONLINE jadi tidak akan ada weekly physical challenge antara peserta tetapi cabaran lain yg akan diberikan. ( akan ditentukan kelak - idea dari anda semua amat dialu2kan).

2. Peraduan ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula pada 1 June 2009 sehingga 30 September 2009.

3. Tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan didalam pertandingan ini.

4. Bayaran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan. Bayaran ini hanya akan di collect pada Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 4hb October 2009 -tempat dan lokasi akan diberitahu kelak. Ini bukan scam atau sebarang bentuk penipuan. Support la kengkawan ku sekalian yek...

5. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak iaitu Peserta yg mempunyai `highest percentage weight loss`sepanjang sesi contest ini berjalan. Seandainya ada SERI diantara peserta maka peserta yg mempunyai kurang denda akan memenangi hadiah tersebut.

6. Sebarang bentuk sponsor amat di alu-alukan.

7. Sekiranya berat badan naik (semasa sesi timbang berat mingguan) walaupun 0.01 kg anda akan dikenakan DENDA RM 5.00. Jikalau berat anda tidak berubah anda tidak akan dikenakan apa-apa.

8. Bayaran wang RM20.00 bersama denda RM5.00 ( jikalau ada ) akan digunakan bagi membiayai Gathering Malaysian Blogger TBL Contest serta t-shirt "Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 2009" bagi setiap peserta untuk digunakan masa sesi final timbang berat. (kalau tak cukup nati saya carik sponsor lagi )

9. Minima 10 peserta, Jikalau kurang daripada itu maka pertandingan ini mungkin atau tidak diteruskan.Terpulang kepada pihak penganjur. Harap-harap lebih la yang memasuki pertandingan ini nanti.

10. Terpulang kepada setiap peserta bagaimana cara untuk menurunkan berat badan. Samada bersenam, makan ubat, guna trainer ke, pam hampagas ke atau apa sahaja, janji setiap minggu ada turun tau... :]

11. Peserta juga wajib menghantar data tentang berat badan, gambar penuh, gambar mesin timbang berserta berat setiap hari jumaat sebelum pukul 12:00 malam. Kerana kami akan mengemaskini kan data setiap para peserta setiap minggu.

12. Keputusan terkini para peserta akan di umunkan setiap hari sabtu jam 12:00 tengahari. (paling lewat hari Isnin sebab organizer kadang2 sibuk dengan kerja) :)

13. Setiap para peserta juga dikehendaki memberikan maklumat seperti :-
(semua data peribadi yg anda akan dirahsiakan, kecuali blog url, berat, nama dan umur akan dipamerkan ). Kalau takde blog tu silalah buat satu yek...

contoh seperti berikut :-


( gambar ni sebagai contoh sahaja, kasi la gambar anda yang betul jangan malu dengan diri sendiri kerana itu lah diri anda - kami memerlukan sekeping gamba penuh head to toe dan satu gamba closeup dari muka hingga ke dada )

  • Nama : Aminah Bte Hasan
  • Umur : 29 tahun
  • Alamat : 66, Jalan Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
  • No Telefon : 012-3456789
  • Tujuan : sy ingin mengurangkan berat badan sy kerana sy rasa berat badan sy naik membuak-buak selepas melahirkan anak sulung sy.
  • Berat Badan : 130 kg
  • Berat badan yang ingin di capai : 70kg dalam masa 3 bulan
  • Blog URL : www.AmySan.blogspot.com
14. Diharap semua para peserta yang memasuki pertandingan ini "JUJUR" dengan data yang mereka hantar. Jikalau anda "MENIPU" bermakna anda hanyalah "MENIPU" diri sendiri dan tiada apa-apa kemajuan yang akan dicapai.

15. Buktikan diri anda boleh berjaya. Buatlah untuk diri anda dan bukan untuk orang lain.Kerana itu yang terbaik.

16. Pertandingan ini dibuat bukanlah untuk mencari "NAMA MAHUPUN WANG RINGGIT"tapi hanyalah sebagai pembakar semangat dan motivasi utk diri sendiri dan kepada yang lain diluar sana.

17. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak pada Gathering "Malaysian Blogger TBL Contest" pada 4hb October 2009. (NEXT ENTRY utk list hadiah eh)


18. Majulah sukan untuk negara dan Selamat berjaya diucapkan kepada semua para peserta.

19. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 May 2009. Kepada yg berminat boleh beri segala data peribadi yg dikehendaki pada kami selewat2nya pukul 12 mlm 29/5/09, dan emailkan kepada mydreamweight@yahoo.com

20. Kami akan create satu blog khas untuk contest ini tapi masih under construction. Insyallah bila dah ready akan kami umumkan. Anda akan tahu perkembangan peserta2 dari masa ke semasa melalui blog ini.


P/s : Terima kasih atas sokongan semua.. Tarikh utk Gath TBL contest itu mungkin bertukar, mengikut kesesuaian peserta. To be announce later ok..

*credit to my cintahati for the rules n regulation given..

Thursday, May 21, 2009

THE BIGGEST LOSER CONTEST



THE BIGGEST LOSER

Dont miss your opportunity to participate in the 1st
Malaysian Blogger
The Biggest Loser Contest

Hosted by: MyDreamWeight (Kaseh)
http://Transformasi2009.blogspot.com



Start Date will take place June 1st,09 **** End Date will be September 30th,09

Win Big Prizes $$$ for losing Weight!

********************************

salam,

Pheww...macam besh je tgk title n introduction..
well sebenarnya saya mmg berniat nak buat The Biggest Loser contest among kawan2 bloggers.. tapi b4 saya betul2 beria2 nak buat n post entry tentang syarat2 n prizes tu semua..saya nak jugak tahu mcm mana feedback dari kawan2 n readers semua..

ramai tak yg berminat nak join? atau nati org kata saya poyo lak.. tapi saya mmg ikhlas nak buat contest ni and fyi the prizes pun saya dah mintak dgn sponsor2 tertentu.. haha..sangat menarik..walaupun tak seberapa tapi yg penting ikhlas..

kita semua mmg tgh pulun diet kan.. so why not kita jadikan contest ni sebagai fun & friendly competition..all this while kita dah mmg support each other kan...so selain dapat turunkan berat badan..dapat gak hadiah.. hehe..
so ni cuma cadangan.. and saya mintak pendapat kawan2 semua...kalau ramai yg sokong contest ni maka saya akan teruskan, (minimun 10 contestant)..kalau tak dapat sambutan then saya akan stop pk utk carik sponsor hadiah TBL contest ni.. :) ...so my dear friends.. ..

Apa Pendapat anda?

Leave ur comment ok.. takmo comment kat shoutbox eh...bukan apa takut saya tak perasan comment anda nati..


p/s: 3 bulan utk satu transformasi..boleh ker?

*TBL Logo : a Special thanx to my Cintahati for the editing :)



Beautiful Girls Award


Thanx to Posh for this wonderful award..sorry babe lambat post sebab baru perasan harituh..blog ku ni dah giler agaknya..dia tak update member nyer latest post so ingatkan takde post yg baru la..so bila saje2 jenguk blog member2 tgk2 ada entry baru..geram jek..anyway in order for u to receive dis award ada syarat2nya plak.. :

1.pastikan jantina anda perempuan - gua pmpuan la babe..tak caya meh check haha
2.copy award n paste kat blog anda - ok dah copy paste dah..
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan - Aiseymann..malasnyaa..aku cuba okeh


7 Sebab kenapa saya bangga menjadi seorang perempuan :

1. Boleh berfesyen.. macam2 ada..bajukurung, skirt -lelaki takleh..takat pakai suar n baju jek..
2. Boleh makeup2.. - cubalah kalau berani laki pakai mekap.. hahaha
3. Boleh pakai kasut lawa2...kalerful.. - laki taklehhh :P
4. Boleh tukar2 fesyen rambut..pjg pendek..kerinting rebonding.. laki? pendek n botak jek
5. Tiap2 bulan buleh amek mc ( Period Pain) - laki takdak period..
6. Kahwin dapat duit hantaran.
7. Boleh pakai bra lawa2 n mahal2.. hahha aku takde idea dah ni..


okeh pasni nak pass award ni kat :

Ika
Nona Reena
Amy gedik
Zel
Quezul
Mia
Einaz
MissReen

waaaa ramai lagi nak letak ni.. apa kata semua kawan2 kat blog ku ini post beautiful girls award ni eh..khas dariku utk semua..


P/s : Semua wanita cantik..

Wednesday, May 20, 2009

The Biggest Loser Inspiration...

Salam..

Inspirasi buat semua... actually saya dah jadi addicted ngan TBL ni.. sgt teruja ngan kejayaan org..dan masih sabar menanti ngan kejayaan diri sendiri....phew... lamanya lagi tu... sabar kaseh sabar...

oklah..nak share ni je.. ni 1st time add video dalam blog...hopefully jadik..kalau tak kuar..nati ku bg kuar jugak..hahha.. enjoy...


The Biggest Loser season 6 FINALE




Tiffany - Australian Biggest Loser 2009 (ni besh..must see!)



Shocking Weight Loss Transformation Picture


sangat besar transformasi mereka2 ini.. sumber inspirasiku...insyaALLAH..


p/s : kenapa kat malaysia tak buat The Biggest Loser gak?

Weighing day - 20/5/09

Salam,

Hi kawan2.. today lambat sikit update sebab very the busy..ni baru la boleh rest kejap..
as promised..today wednesday kan..my weighing day.. so just nak update berat utk hari ini..

Berat as 20/5/09 = 117.8kg

kalau ikutkan mmg turun.. hari isnin berat 119.2kg.. lebih kurang turun 1.4kg, alhamdulillah..
tapi ni combination diet HL ngan JDM5... lepas ni saya nak maintain ngan diet HL dulu sampai habis..then baru start JDM.. leceh campur2 product ni.. anyway ni menu saya semlm..


Breakfast : 8,00am
2 scoop French Vanilla F1 + F3 + Yogurt Drink Markisa & Pir
Teamix




10.00am
Cream crackers with strawberry jam 4 pieces

Lunch : 1.00 pm
Jus Diet Mate 5

TeaBreak : 3pm
Cream Crackers lagi... 4 pieces makan camtu jer..

Dinner :7pm
Nasi lauk ayam masak kicap, telur dadar n sayur kobis
Otak2 and satar


Nasi putih,sayur kobis & ayam masak kicap

Otak2 and Satar (satar ni sedap, sebijik rasa macam kat terengganu)


*sepanjang hari minum air masak.. And hasil timbang pagi tadi....


20/5/09 = 117.8kg

lepas ni saya akan timbang pada hari jumaat eh...takmo timbang salu nati tak surprise..
anyway nak share rasa happy n tahniah utk Ika kerana berjaya ngan transformasinya.. byk sungguh perubahan pada ika.. meh tgk SINI. walaupun ika tak amek apa2 product tapi dia berjaya jugak diet n turunkan berat secara sihat.. syukur alhamdulillah.. utk ika.. akak doakan ika berjaya capai ideal weight..begitu juga utk rakan2 seperjuangan yg lain..pasti boleh..nak join cakap camni boleh tak...? `` CHAIYOKKK`` hehehe...


p/s : Bila dah nampak perubahan, hati bahagia...




Tuesday, May 19, 2009

Hasil percubaan combination JDM5 and Herbalife

Salam ...morning...

Ok pagi ni takleh nak citer pjg sebab keja byk n saya datang lambat tadi..huhuhu...bangun awal tapi terlebih golek2 atas katil...sudahnya lambat..
semlm kan saya ada cter nak mulakan Diet JDM5 sekali ngan Herbalife kan.. so menu semalam :


Breakfast : 8-8.30
- HL shake (Markisa n pir yogurt drink plus F1 & F3)
209kcal
- Teamix ( 500ml) 6kcal

- mineral water (500ml)

(kalau ikut aturan menu JDM5, pagi kena amek separuh pemakanan macam biasa..tapi saya gantikan ngan Shake Herbalife.. kenyang gak)

10.30 am
- Idli sekeping mkn dgn dal (idli tu mknan india yg mcm tose version kecik)
120kcal
- Minum teamix tadi yg tak habis2
- mineral water (200ml) kot.. agak2 je ni


Lunch : 1-2.00
- tak amek lunch..gantikan ngan JDM5 (JDM5 + air sejuk )
73 kcal
- Teamix (500ml) 6 kcal

- Mineral water (700ml)


Teabreak: 3pm
- Mineral water & cream crackers & sekeping marble cake
150kcal

Dinner : 6:30-7.00
- Nasi Padprik & telur dadar ( beli je..mama tak masak, mkn sambil tgk TBL)
400kcal

(yg ni ikut aturan JDM5, amek pemakanan macam biasa.. so saya skip HL shake n makan nasi)

B4 tidur : 9:30pm : saya amek JDM5 73kcal


Okeh.. komen saya.. rasa JDM5 bolehla telan.. HL shake boleh buat variety recipe.. JDM5 rasa macam jus oren Tang n agak manis.. mmg kena minum sejuk baru sedap.. n saya masih taktau apa fungsi JDM5 tu sebab kalau HL shake dia boleh buat kita kenyang kan..tapi JDM5 tak pulak.. nati nak surf cari Info tentang JDM5 lagi.. n kenapa dia suruh minum B4 tido.. waa mmg byk kena study ni.. n malam semalam saya takleh nak tido lena sebab asyik ke toilet je.. yela b4 tido dah minum JDM5 pastu tambah ngan air kosong lagi..mana le tak ke toilet je..

orait..ni hasilnya..saya janji nak timbang esok kan...tapi kerana ketidaksabaran saya..saya timbang gak pagi tadi nak tgk hasil..

berat pg semalam : 18/5/2009 : 119.2kg

berat pg tadi : 19/5/2009 : 118.6kg

so hilang lebih kurang 0.6kg... ermm rasanya not bad kan.. sehari turun byk ni..takpe kita tunggu esok lak camne..

*edited : Mia suruh saya workout.. bukan taknak w/out tapi tak sempat.. anyway saya still cut calories gak kot..hahah..ni basic daily exercise saya buat..

Type of exercise Calories/hour
1) Sleeping 55 @8jam = 440
2) Eating 85 @ 1jam = 85
3) Sitting 85 @ 5jam = 425
4) standing 100@ 2jam = 200
5)Driving 110@ 1jam = 110
6) Office work 140@ 5jam = 700
7) walking 280@ 1jam = 280

Total Calories 2240

Berat as at 19/5/2009 - 118.6kg


Total calories taken : approximately 1037kcal
Total calories lost : 2240kcal <- ni main agak2 jer tapi yg pasti..total calories lost..for
Average for woman 1800 - 1037 = 763 (ini la lebih kurang calories saya yg da hilang)

p/s : 1st step dream : 90+kg by end of the month! boleh tak?InsyaALLAH

Monday, May 18, 2009

Happy Monday! -Weighing day 18/5/09

Salam ..
Hai kawan2 semua.. how r u today? dah start bz ker? maklumlah monday kan.. kebiasaan nya hari yg paling bz bg certain people..termasuk la saya tapi pagi ni nak share awal2 ngan kawan2 berita agak gembira bg saya.. well terkejut sebenarnya...
macam ni.. actually saya mmg dah niat nak timbang berat every monday n friday n akan saya postkan dalam blog ni..kalau terlebih rajin maybe rabu pun saya akan timbang tapi for the time being ni better monday n friday jek sebab bleh nampak perkembangan penurunan berat tu..bagi saya la....
so last friday saya timbang berat pagi2 macam biasa lepas mandi. ouk-ouk(buang air besor) semua saya pun timbang la.. and.. berat saya..122.5kg...

pastu kan.. hari sabtu aritu mama masak nasi carrot.. alahai.. ngan kambing masak beriani..n ayam masak merah.. aduhaii.takleh nak tolak wooo... ni la payah bila mama rajin noo masak.. hari sabtu baru2 ni saya g buat spa.... so pagi tu bgn da lambat..dalam kul 10 lebih..appointment ngan spa kul 12.. treatment tu sampai kul 4 lebih.. then balik2 lapar...so saya makan la nasi carrot mama tuh..ala2 nasi beriani gak rupa dia...pastu malam tu saya makan lagi ..ayookkk.. hati dah risau sebenarnya...dalam hati pk ni kompom berat naik ni.. pastu semlm lak.. pagi dah bgn then tido balik...sampaila ke petang..bgn2 lapar..tgk nasi carrot semlm ada mama panaskan..apa lagi..dahla tak makan apa..saya pun mknlaa nasi tu lagi...then mlm tak mkn apa2 just kacau adik makan french fries dia sikit... pastu bobom...

then macam biasa la.. pagi monday..kena timbang...lepas ouk2..mandi semua..saya pun timbang la.. jeng jeng jeng....berat saya...












116.5kg....... aikkk.... takkan la byk ni turun..byk tuu.. dahla belasah nasi 2 hari..so saya pun tak puas hati.. saya timbang lagi...



timbang punya timbang...akhirnyaa...















119.2kg......... waallaa.... yg ni dah 4 kali turun naik timbang n kompom berat sama..


so just nak share ngan kawan2.. during weekend ni saya dah turun 3.3kg... sungguh tak sangka tapi syukur alhamdulillah.. makan2 pun berat turun jugak.. so rasanya kita kena makan jugak utk turun berat badan....

saya sebenarnya ada satu plan.. tapi taktau ok ke tak..so kalau anda ada idea nati bgtau eh elok ke tak plan saya ni..
macam ni.. saya kan ada Herbalife n Jus Dietmate 5 kan.. so bila saya tgk kotak2 jusmate saya ni rasa tak sabar nak makan pulak.. so weekend baru2 ni masa dok blog hopping saya terjumpa satu blog ni.. dlm tu ada letak menu or cara2 nak mkn JDM dgn cara yg betul.. so menu dia kata...



*credit to Nazha for the Pic.


kalau nak tgk dgn lebih clear klik kat gamba tu eh... ok kat situ ada diberitahu....cadangan aturan minum JDM 5 ni.. so saya tergolong dalam Diet2 ( berat melebihi 100kg..) ok saya ingat nak follow menu tu tapi dgn cara saya sendiri.. cam ni..

breakfast - Ambil separuh dari pemakanan biasa (saya plan nak amek Herbalife shake mcm biasa)

Lunch - Tidak mengambil mknan tghari gantikan ngan JDM 5 ( okay saya follow yg ni )

Petang - 6-8pm - ambil separuh dari pemakanan biasa ( kena amek dinner.. since mama salu masak sedap so buleh makan jugak cuma mkn sikit je cukup) or maybe buleh amek shake jugak..

Malam - ambil JDM before tidur.. ( rasanya takde masalah kot)


then pastikan minum teamix n air secukupnya... so apa pandangan anda semua wahai kawan2ku?

saya ingat nak cuba dalam 2 hari dulu... hari rabu nati saya timbang n tgk progress camne eh..kalau macam tak ok je..then saya follow routine macam biasa la..habiskan herbalife dulu.. :)


p/s : seronok tgk kawan2 lain dah turun berat...



Friday, May 15, 2009

Apa nak jadi ni?

Salam,
hai all..

Dari topik sure anda nak tahu kenapa `apa nak jadi ni?` kan..

sebenarnya kan.. nak ngadu.. dari semalam..sampai ke hari ini saya makan menda bukan2.. junkfood... uwaaaaaaaaaaaaaa... tension tapi ngader kan.. sapa suh mkn kalau dah tahu takleh mkn.. tapi nasib baik pagi tadi timbang turun 500gm... jadikla kan.. kalau naik tu mmg taktaula nak cakap apa..

Menu semalam.. macam biasa..pagi minum HL f3 + yogurt drink (maskisa & pir flavor ) sgt yummy.. tghari mkn fishball yg singggit 3 ketul tu.. pastu makan cream crackers letak strawberry jam ... aduhai tak kira pulak baper kalori utk siang je tuh..

then balik keja je.. sepatutnya takleh mkn..minum shake je tapi tgk2 mama masak besh la pulak.. mee kari n shepherds pie... aduhaii... dugaan... anyway..saya makan jugak.. :P


Mee kari.. niat dihati nak jamah je, tapi ni dah semangkuk...hehe dun worry tak byk pun sebenarnya...gamba je nampak gempak..


Pastu Shepherds pie, dgn kentang dia.. cheese..haiyaaa..tapi sedap giler..saya mkn 1/4 jer.. ntah baper kalori saya dah belasah semlm...
Semua ni saya amek dalam kul 6pm... malam dah tak makan apa2 dah..minum air suam je..

okeh itu citer pasal semalam kan.. ni nak ngadu pasal harini pulak... :(

macam biasa lah pagi tadi saya amek HL F3 + yogurt drink raspberry flavor.. and teamix also..
pastu dalam pukul 10 terasa lapar..saya mkn croissant beli kat shell masa isi minyak pagi tadi..saje nak rasa sebenarnya..buleh la tahan ...

High 5 Croissant

lepas tu cadangnya takmo la makan tghari sebab dah kenyang konon2nya..tapi kan mulut ni ngader nak ada something nak kudap2..so saya pun kuar la sekejap niat di hati nak beli kerepek2 je tapi sudahnya lain yg dibeli.. agak2 apa saya beli eh? hehe


Ni ha.. sticky mango rice ... ngan santannya..aduhaii..tapi rasa dia tersangatlah sedap

pastu masa ondaway nak balik ofis ternampak pulak gorengpisang jual tepi jalan..so niat dihati nak beli utk member2 ofis je tapi saya belasah gak sekeping dua masa dalam kereta :(

Pisang goreng n sukun goreng bersama kuah cili hitam yg sedap

sampai2 je ofis tgk ada bungkusan tapau atas meja..pastu ada kakak ofismate tu cakap ``kaseh wehh ..tu akak belikan ko meegoreng mamak`` jgn tak mkn tau..
pulak dah... ada mee goreng.. mmgla nampak sedap..dah saya mmg lama teringin nak makan tapi dok lawan ngan kata hati..nak diet..tak makan pun takper..last2 arini ada plak org belikan... rezeki..

Mee goreng mamak..dun worry saya makan separuh je..
begitulah ceritanya betapa kecewanya saya harini dgn diet saya dengan menda2 yg tak dijangka..malas nak kira kalori..gerenti byk ni.. smlm punya campur harini.. excellent..haha

ok yg ni iklan pulak.. ni katagori junkfood kot.. saje beli tidbits ni masa tgk wayang semlm utk letak kat ofis..saya beli jelly beans ngan asamprune.. belinya semlm tapi harinih dah habis..hehe biasanya dok ofis ni ramai yg menyelit.. tapi menda ni mmg sedap utk kudap2.. sambil2 buat keja sambil ngap..cuma...ermm nak tahu.. berapa ekk kalori utk menda2 kecik2 ni?

Jelly beans.. kiut je..n sedap

Asam prune..not too sour not too sweet..sedapp, tapi bila mkn putih bibir..

hehe ok.itu aje nak ngadu.. harini saya sudah makan junkfood sangat byk sekali..apa la nak jadi nih? kita akhiri entry ni dgn gamba comel jellybeans n assam...enjoy


p/s : pemanis mulut je tuh.. :P

Wednesday, May 13, 2009

Cute (Perasan) VS Horror!

salam..

cakk..

as promised.. saya nak buh gamba2 saya.. gamba yg perasan comel tak hengat n gamba2 horror.. pheww.. gamba horror tu yg tak sanggup nak tunjuk tapi itulah penyuntik semangat kan.. kalau dok perasan ngan gamba konon2 cute nati still tak diet..tak kuruskan badan... biar buh gamba hodoh baru la tersedar diri sikit..

anyway utk adinda ika.. mia.. n kawan2 semua.. memperkenalkan jeng jeng jeng..!!! me, myself and i.. ada byk version dalam ni n saya akan cuba susun gamba2 ni ikut turutan dari muda2 sampaila latest...

kalau sapa2 penah baca entry yg ni , ni lah bukti2nya ..saya mmg suka amek gamba separuh2.. amek gamba sendiri perasan cumel.. hehe ok enjoy the piccas ehh.. kalau ada kemusykilan nati bleh tanya...
b4 tu.. saya ingat nak buh gamba dari masa zaman kat Uitm sabah dulu tapi album lak ada kat rumah saya di ipoh so buat masa ni tgk je yg ni dulu eh..


Ni masa zaman study kat US.. chubby kan.. masa ni la salu gado ngan bf badan tak kurus2 sampai takmo balik Mesia nak kuruskan badan punya pasal..


Graduation dgn kawan2...

Masa kat umah sewa.. rasanya masa ni dah abih study tapi tak reti2 nak balik!


Itu je buat masa ni gamba2 masa kat US dulu.. nati bebila free saya akan upload lagi.. gamba2 kat bawah ni pulak masa dah balik mesia..badan still chubby..

Masa ni tgh tunggu kekaseh hati for our 1st date and dia terkejut tgk badan still gumuk, well dari pinggang ke atas mmg tak nampak sgt tapi tang peha n bontot yg takleh nak cover..

yg kat bawah ni pulak gamba selepas dah kawen.. saya ingat nak tunjuk anda semua gamba masa kawen dulu tapi saya dah buang la semua2 gamba.. so tak dapat nak tunjuk..kalau tak buleh gak compare kan gamba kawen yg dulu masa gumuk dgn gamba kawen yg bakal nati..dah slim(InsyaALLAH)

Gamba ni kalau tak silap masa 2nd year kahwen ..tak jemu2 mendietkan diri..


Pernah pakai tudung sekejap..dulu.. sekarang ni.. ermm insyaALLAH...soon..

Ok takat tu je gamba2 kenangan masa bergelas isteri org..actually gambanya byk tapi malas nak scan.. kat bawah ni semua gamba2 masa dah kembali single n macam yg saya penah citer..ni gamba2 bajet comel konon2.. amek gamba sendiri separuh2...so u all tgk la eh...


Me and my younger sister amy..

Dengan amy gedik lagi..masa ni badan dah start naik dah..

Okeh kat bawah ni semua gamba2 yg menghiasi album di myspaceku.. lama jugak la saya dok berchat ngan org..ada yg org..ada yg hantu yg suka mainkan hati n perasaan org..tapi biasalah lumrah kehidupan.. tgk la eh..


Gamba baru balik keja ni..tu yg letih je muka.. actually semua picca2 ni was taken last year tau.. tak lama sgt pun but wait till u see the horror pic of me... mesti u all terkejut.. dalam masa yg singkat bleh naik ngan jayanya badan ni..

Gamba ni rasanya saya da start Herbalife.. tapi tu la..on off.. tak kuat semangat


Badan dah start naik...


Makin lama makin malas....


Pipi makin tembam...badan makin naik.



Nampak kan perbezaan dia.. makin lama makin tembam muka.. ok gamba kat bawah ni gamba masa bulan puasa tahun lepas..lebih kurang 7 bulan yg lepas kan.. wait till u see gamba after raya..masyaALLAH...naik ngan jayanya... lepas raya terus malas amek gamba.. sebab pipi dah makin bulat sgt..haha

ok habis dah gamba konon2 perasan cute... ni last.. bila tgk gamba2 ni sure tak sangka saya ni gemuk giler kan... tapi sebenar2nya mmg gemuk pun.. masa ni berat dah 100kg dah..lepas ni u all tgk gamba horror pulak..



HORROR.....jgn ubah screen anda.. ini adalah gamba sebenar.. bukan gimik.. :P

Gamba ni masa raya tahun lepas.. saya gatal perm rambut..n disebabkan meyampah dgn rambut yg tak cantik itu n pipi makin tembam maka malas amek gamba dah..


Gamba ni diambil masa bulan 1, member bertunang.. tgklah badan saya.. huge n ugly, see dat lemak2 tersembul kat peha tu..i want to get rid all of it.. and i wanna look comel like the bride to be tu... all in pink..comel kan..sgt jeles..


ok gamba ni pulak saje gedik2 amek lepas makeover done by my sister. FYI amy tu freelance makeup artist..salu mekap2 org kat astro..so sapa2 nak kawen ke tunang ke dating ker buleh mekap ngan dia.. n dgn gamba ni hopefully Ika tak pening2 pala dah dok tgk kat mothers day card akak bg mama akk tuh..sebab gamba yg ni yg dorang letak.. pastu amy gedik kata `yg mekap tebal tu la dia` ahaha.. mekap tebal eh. sapa yg tlg mekap? cuba cakap sket... :P



Last but not least...the photo of me n my lovely mama.. org kata kami seiras.. like mother like daughter..but kadang2 org cakap macam kakak n adik bukan mak n anak.. haha



ok itulah dia antara gamba2 kaseh yg dapat di kongsi bersama rakan2 yg ingin mengenali diri ini.. dah tgk da kan dari gamba perasan comel sampailah ke gamba hodoh giler.. nati bglah komen membina utk kaseh eh bg kuat semangat sikit nak teruskan misi transformasi 2009 ni.. sebab kaseh nak sgt cantik masa wedding kaseh nati.. waaaa... pastikan boleh... insyaALLAH...
okla kawan2 semua..lepas ni kaseh akan update gamba n berat kaseh ehh.. take care all..

wassalam

p/s : bersyukur dengan anugerah ALLAH.