Saturday, March 27, 2010

Afundi MAULANA!



salam

Wahai rakan2ku sekalian, jgn lupa vote MAULANA malam ni yer! Supportla kazen ai sorang ni . .ahaks . .

Afundi MAULANA



Afundi MAULANA



Afundi MAULANA

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Benar: Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Sayu citer ni…

Aku menggeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapa aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak…



p/s: hahaha g sambung wat keja.. miss u alll

Saturday, March 13, 2010

akademi fantasia 8


salam,

Ada sapa2 layan AF8? Kalau ada nati jgn lupa vote 4 MAULANA yer! Dia kazen ai . . Tima kaseh byk2. . .

Tuesday, March 9, 2010

Lagu favorite cik kaseh :P



Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

p/s: besh layan lagu ni.. hehehe penghibur duka lara chewahh

Sunday, March 7, 2010

Na O Mei

Salam,

na o mei.. oh na o mei...

korang tgk tak citer ni ptg2 kat TV3 - 6:30-7:30, isnin sampai khamis ...

saya layan citer ni.. seboleh2 nak balik keje awal.. kena make sure sampai umah b4 kul 6.30

semua gara2 nak tgk si sweet elly mazlein ngan ady putra yg hensem itu.. betul2 lelaki melayu terakhir la kan.. macho..tapi cara dia bersuar pendek tu.. tak menarik minatku sgt.. ehhehe drama..

elly mazlin pun saya tak minat sgt dulu tapi bila dia berlakon citer ni.... dia jadi lembut sgt.. suka tgk.

pastu lagu2 dalam drama tu besh2 kan.. jenuh saya mendownload semua lagu2 dalam citer tuh... so kali ni saya nak share ngan korang yg mana minat tgk Na O Mei macam saya tuh.. erm saya suka semua lagu2 dalam citer tu. menyentap perasaan ku.. jom layan.. kalau agak2 putus2 lagu tu..korang refresh je la eh..



1) Terakhir - Mahkota band



2) Dinda- Mahkota Band



3) DOsakah aku - NIdji



4) Hidupmu hidupku - Zigaz (most fav)



5) BIsikan rindu - Han





lahaiii cair la dgr lagu2 ni semua.. pandai director pilih lagu..tapi syg semua lagu2 dari indon kecuali lagu Han- bisikan rindu tu.. so amacam? korang suka tak..hehe.. okla..tu je..

Thursday, March 4, 2010

SUMPAHAN

SESUMPAH DI SUMPAH MENJADI SESUMPAH,
SESUMPAH BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH AGAR MENYUMPAH SESUMPAH YANG BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH,SESUMPAH DI SUMPAH AGAR MENYUMPAH.

SUMPAHAN SESUMPAH KEPADA SESUMPAH YANG BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH DISUMPAH AGAR MENYUMPAH SESUMPAH YANG DISUMPAH.

SESUMPAH DISUMPAH DAN DIPANGGIL SESUMPAH.

ERMM...

SUMPAH SAKIT HATI BILA BACA ENTRY NI KAN!!

HAHAHAHAHHA....


P/S: LOVE U ALL.. EHEKS..