Tuesday, March 23, 2010

Kisah Benar: Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Sayu citer ni…

Aku menggeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapa aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak…



p/s: hahaha g sambung wat keja.. miss u alll

15 comments:

BULLET said...

wakakakaka...mende lak lu ni...hahhahah...xpe2...pakai tudung saji boleh kot kan...

Kaseh said...

bullet : wakakaka tu la pasalll..sengal jek citer ni..

wanna said...

hahaha..punya la nk baca..sekali cita klakar..hehehe..miss u la kak kaseh..kenapa dh lama tak update blog??

sue said...

Wahahahaha..suspen jer la kak kaseh..ingat cita betui td..wakakakaka

Kaseh said...

wanna : heheh tu la pasal.. akak pun terkena gak tadi.. bz la yang..sebab tu lama tak update..

Kaseh said...

sue : hahaha suspen kan.. citer sayu konon. ..bikin geram jek baca.. hehe

lily lotus said...

wakakaka..baru nak bertazkirah bagai!

Ugly duckling said...

Lawak lawak...diri sendiri dah terkena...so pass bagi org lain terkena jugak...Tq you made my day :)

noradzlina.kamdani said...

laa..sy target ingat abah dia mrh sbb dia nk pakai tudung saji (sbb ade sebut psl tudung saji)...rupa2nye...ank jantan mmg harus kene penampo jek

♥ juhairah ♥ said...

haha.. lawak2. ni kisah benar andakah?

Dee said...

lawak2..mana x kena lempang..awk jantan nk pakai tudung..hehehe..

pearls.. said...

ek eleh... aparaa... jenuh aku baca sampai akhir... last2 aku gelak sorang2.. hahahahahah

Lazyf... said...

Akak nih wat saspen jer....hahahaha

IT'S Me N.a.N.a said...

ya tuhan..terkejut sayer bace entry nie kak. hahaa..eyh! akak ker??ok..btw..sayer nana. jom tukar link..biar lagi merah..cheearrss!

Mia-Ina said...

aduhai kak kaseh. suka buat suspen..ingatkan pe td...