Friday, March 4, 2011

Maklong panic... :P

Pelajar di Kajang antara 3 korban H1N1 tahun ini


KUALA LUMPUR 3 Mac - Pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini ialah antara tiga orang yang meninggal dunia akibat wabak Influenza A (H1N1) pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, pelajar tersebut yang pengsan selepas berjoging sebelum itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam serta dibawa ke sebuah hospital swasta pada 22 Februari lalu.

Pelajar terbabit, katanya, kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori di sini seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

"Sebab kematian seperti yang dinyatakan pakar perubatan adalah ARDS teruk dengan jangkitan miokarditis bersama septisemia akibat jangkitan virus pneumonia.

''Sementara itu, ujian pengesahan virus pada 25 Februari lalu mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Berita selanjutnya di SINI..

ermm maklonggg panic wokayy pagi2 nihh... sampai ofis tgk online news jap tetiba nampak berita ni..mmg dah tau ada kes H1N1 tapi tak sangka lak kat kajang... dan2 terus call mama...

Me : maa...kes H1N1 tuu kat kajang laaa ( nada panik)

Mama : taklaa..dia kat area cherass..

Me : apa lak ma..ni kat news bgtau kajang ni ha..budak sekolah sg long kajang...

Mama : yerlaa tapi consider area cheras.. bukan kajang..

Me: ler dah dkt la tuhh.. budak2 sekolah.. risau kakak adik..

Mama : abih nak suh diorang berhenti sekolah ker?

Me: ha ah eik.. erm okla ma.. byee..


hahaha maklong panikk...siyes kan den bgtau den ni mmg terhover protective kat 2 anak buah den tuh.. kalaula boleh takyah g sekolah mmg den tak kasi g sekolah spjg wabak H1N1 ni..haishh.. pastu semlm pun ada kes budak sekolah kena baling ngan cecair asid kan..kat bangsar... iskk macam2 hal laa skng nihh..risauuuu nyaaa...

erm okla..back to work.. den minggu ni mmg bz sket.. leh visit umah korang sekejap2 jer...pastu mlm baru leh layan betul.. apa2pun happy working eh.. daa

13 comments:

sahromnasrudin said...

wah!!! maknanya H1N1 dah muncul semula ke kat Kajang..saya satu apa ubatnya..kne pekena sepuluh cucuk sate kajang hehehehe ( gurau je)

InaAchik said...

mak long yg sgt protective!

kakcik said...

Aduh - sakit perut tergelak dengan kenyataan (pertanyaan?) selamba mak kepada maklong tu!

Cheras tu dekat dengan tempat tinggal kakcik. Mohon perlindungan dari Allah SWT, jauhkanlah kami dari wabak itu.

eyna azmi said...

takutnyeeee

makdara TERdiva said...

ia datang tanpa diundang..seram..

nampaknya kenalah extra alert pasni..

atty's said...

kty ada dengar berita kat radio semalam..

bahaya skrg kan.kena berhati2

Chik Att said...

dijauhkan kita dari bencana ....

Daddy Ziyyad said...

tahun lepas tak ambek ke vaksin H1N1 tu??

h4ni3 said...

makcik pun penik etekkk nih
makcik takut tempat makcik kena serangggggg

wawawa.. lariiiii

maira said...

dulu kita leh aware dengan tanda demam panas.. sekarang dah x der gejala demam dah.. kalau selesema cepat2 jumpa dr.. mudah2an kita semua dijauhkan dari bencana ini :)

sissyira said...

salam

ada baca gak dalam paper isu H1n1 ni...takut lah... harap2 jauhlah daripada kita semua...

mummysyafie said...

takut la ngan benda macam ni. mintak²la family kiter dijauhi dari benda ni semua

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik cam ko terlebih protective, sampai anak makcik rimas. Paling dia benggang bila makcik tak bagi bawa kereta malam-malam , takut orang culik.terukkan makcik.Biasalah orang yang dah pernah kehilangan orang yang tersayang cam makcik, selalu risau tak bertempat.