Friday, March 18, 2011

Jangan engkau kahwini wanita yg enam (6)

Jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH.

Jangan engkau kahwini juga wanita yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.


Wanita Ananah:-

Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:-

Suka membangkit-bangkitkan sesuatu perkara terhadap suami. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".


Wanita Hananah:-

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.



Wanita Hadaqah:-

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



Wanita Baraqah:-

Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.


Wanita Syadaqah:-

Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu.



Dicatat oleh Imam Ghazali...


sumber dari SINI

15 comments:

gadisBunga™ said...

semoga kita tak jadi wanita yang macam tu. amin...~

bujal X said...

wanita lalalah?

he~~

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..sy telah berkahwin...

attyfir said...

semoga kita menjadi wanita dan isteri yg baik dimata suami ..

Mimy Hamid said...

EH GOOD INFO...TAKUT AKU TERSASAR DALAM GOLONGAN TU..THANKS BABE

ratusiput said...

kalau ade yg terbuat camtu...sama2 la kite muhasabah dri dan berubah...

eyna azmi said...

harap harap dapat jauhi sifat sifat tersebut ... takut jugak berlaku tanpa kita sedar

apdm said...

salam

hehe...pernah tulis gak pasal ni..

sy nak jadi isteri y sentiasa mengembirakan suami saya..hehe

Dinas Aldi said...

ohh semoga dijauhkan dari termasuk dalam golongan yg 6 itu, na'uzubillah!

Dr K said...

baiklah. tak akan carik wanita dlm 6 kategori itu....eh, memang saya dah malas nak mencari wanita pun...ekeke

cikbedahlaser said...

owhh owhh owhh...takut nye jd pompuan camtu.. sy nk kongsi ye kak kasih.. tq tq

h4ni3 said...

alaaa.. aku selalu jugak.. tgk something yg menarik, aku tanya

'daddy nak belikaan benda tu utk mummy tak?'

huhuhu~ tapi aku mintak tak sepenuh hati la.. takde la sampai hentak2 kaki.. ngeeee~

alien said...

perlu memilih~
em...

maira said...

muhasabah diri.. semoga diriku menjadi isteri yang baik buat suami :)

Ati Masrif said...

kadang2 tu ada gak minta2

tapi tak paksalah..

masih senang perbaiki peribadi diri