Monday, March 21, 2011

Berhati2 melawat orang meninggal

gamba ikhsan google..


okeh entry ni saya copy bulat2 dari blog Diana , moga ianya menjadi pengajaran buat kita semua..


Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

31 comments:

ratusiput said...

ade bace gak td kat blog lysa.. :)

bujal X said...

balik dari kubur,amik wuduk kat luar rumah,pastu masuk rumah terus mandi.baju2 yang ada tanah kubur plak basuh berasingan.

ok?

Kaseh said...

ratusiput: heeh kaseh pun amek lam blog D

Kaseh said...

BUjal : ok bujall..akan ingat sampai bila2 insyaALLAH

gadisBunga™ said...

kalau ada pun bende sedemikian, itu disebabkan jin dan bukannya mayat sebab roh yg dah terputus dari badan mana boleh duduk di bumi dam takkan kembali lagi~

http://www.islamituindah.my/bolehkah-roh-suami-kembali-meniduri-isterinya-yang-masih-hidup

-anidaothman- said...

sis tak nafi nie...anak nida kena.....DEMAM taknak baik.....amik ubat jenuh sekali..at last buat air tawr..barulaa pulih balik...

huhuhuhu......

sw33tdarling said...

eh eh baru jap tadi baca kat blog lain...

Kaseh said...

GB : ya betolll...

Kaseh said...

Op_ida : nasib baik cepat ida berubatkan dia...

Kaseh said...

Sweetdarling : ahha ater aku amek pun kat blog org gak nih haha

cikbedahlaser said...

woooo.... woo... terus seriau.. owhh.... dulu masa arwah atok meninggal.. sy x mandi pon balik dr kubur tu.. sama la masa arwah mak kawan sy meninggal...nasib sy x jumpa mana2 bayi time tu. owhh kena beringat nih

Kaseh said...

pidahh...harus beringat pasnih tauu.. jgn lupa... :)

~Rina Mazlan~ said...

adododododoiii... seram guwe...

Kaseh said...

rina : haa ko ada baby kan..kena hati2 ya...

Chik Att said...

huhhh menyeramkan ...... meremang bulu roma ...

Kaseh said...

CHikAtt : mmg menyeramkan..terbyg2 muka baby tu yg menyerupai nenek tua...

NM02 said...

haah wak, kite pun baca kisah ni dalam email. maha kuasa Allah yang mengetahui segalanya.

mm.. kite follow awak ni. jom singgah umh saya plak.. *__*

h4ni3 said...

mak aiiihh
seram la pulak.. tapi tula.. mesti kerja jin dan syaitan tu

Kaseh said...

NM02 : menda baik elok kita sebar2kan ...ok jap lagi kite follow awak yer..maceh singgah sini :)

Dr K said...

Maaf, saya agak kurang bersetuju dgn email ini. Masyarakat Melayu kita masih tidak dapat bezakan amalan Islam yg sebenar, dgn amalan nenek moyang(adat yang tak betul).

Ada kah Islam mengajar tentang 'badi mayat'???

Ya, saya percaya kepada gangguan jin/iblis dan syaitan.

Tetapi org Melayu kita terlalu obses dgn 'badi mayat' ini. Habis sahaja pergi menziarah kubur, terus mandi semua, nak elak badi katanya. Apa itu badi?

Apa, hanya di kubur/rumah orang mati sahajakah syaitan boleh menggangu kita?

Tu pasal Islam ajar kita sentiasa berwuduk, sentiasa berzikir dan banyak membaca Al Quran, bukan hanya ketika sakit/lepas ziarah org mati/ziarah kubur!

rasp said...

pernah gak baca email nie sis...
i praktikkan cam en bujal kita ckp tu...
cuma kat rumah i (apartment) susah nak amik wuduk kat luar...
so bila balik rumah, terus masuk bilik air, mandi manda berwuduk bagai...
baju memang diasingkan basuhnya...
beringat je lah kan...

Cik Bambam said...

berdiri bulu roma dennn!huhuhu

Dinas Aldi said...

bila aku pi ziarah kubur arwah bapak aku masa cuti, alhamdulillah takda apa2. baju yg dipakai ke kubur tupun pun aku cuci macam biasa campur baju2 lain, setakat ni alhamdulillah ok.

aku rasa ini bukan badi mayat tapi lebih pada gangguan makhluk lain. akupun pernah dulu demam 19 hari lepas balik dari ziarah orang meninggal tapi sebab orang tu ada 'membela' masa hidupnya. sekali tu jalah jadi gitu. na'uzubillah, janganla jadi lagi.

alien said...

kalau tak mandi pun..
hendaklah berwudhuk kan?
yeh..
lagi satu, sebelum masuk rumah baca ayat kursi..
Inysa`Allah, selamat dari gangguan.

ieda said...

meremang bulu roma akak dik .. ermm dah tu cik man tu wujud atau tidak ?? huuuhu semoga jadi pengajaran pada kita semua ..

thanx dik sharing :)

eyna azmi said...

meremang bulu roma baca

Mak Su said...

yes, betul, mandi sunat lepas melawat jenazah adalah elok dibuat, lagipun ia adalah sunat

Unknown said...

tq for sharing akak,
tetiba bila baca nie,
meremang bulu roma adkmu ini,
huk huk huk

noradzlina.kamdani said...

hmm betul tu...mmg petua org2 tua tu betul.

Mimy Hamid said...

aku baca je ni...oooo

Ati Masrif said...

nasib masa mak jiran kak ati
masa tgh mandi tu kak at tak dtg dekat

sbb tgh bz memasak utk tetamu

minta di jauhkanlah...