Friday, November 6, 2009

Entry khas utk MiMy Hamid, CintaWanie & kawan2 yg nak kahwin!!


Okay ni adalah article saya jmpa dalam website. Credit to Web TC, so nak share ngan kawan2 semua.. ni adalah peringatan utk diriku jugak.. dah ready ke aku nak kawen buat kali kedua ni?? uwaaa macam tak ready jek.. takuttt :(

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN??

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

p/s : kadang2 rasa macam dah bersedia..tak sabar rasa nak kawen..tapi kadang2 macam tak ready pulak.. ermm gediks kan..

5 comments:

Unknown said...

walawei,
entri bab2 nak kawen nie,
bila dah bc nie,
rasa mcm takut plak nak kawen,
tapi gedixxxx nak kawen,
huk huk huk...

psssttt,
akk nak copy masuk dlm blog wanie blh x?
hik hik hik

Mimy Hamid said...

wah khas nama aku...terharu aku...compliment sgt...sebenarnya kasih..ikutkan tak ready pun yer gak..takut tgk keadaan sekeliling..masa en awak lamar nak serius tu aku pikir byk kali..nak ke tak nak ke tak...tpi tu lah tetiba je aku cakap YE..dah sampai seru kot..artikel ko ni bagus...aku print baut reference...semua berkaitan beb..kehidupan lepas kahwin tu kita tak tau lagi..thanks kasih..love u..muah

rasp said...

gud info nie...
tapi tula sis...
sblum nak kawin tu, harus kita fikir masak2..
mmg byk harus dipertimbangkan secara mendalam...
tapi bila dah kawin tu...
we have to work out our marriage...
dlm pada tu, learn to enjoy each other..
appreciate one another...
ikhlas dalam segala2nya...
insyaAllah, dipermudahkan segalanya...

attyfir said...

kalo dah sampai jodoh seru nak elak ..pun tak leh ..

tapi setuju sgt2 ngn BERSEDIA UTK SAKIT HATI ..ekekekkekeke..bila dah kawin .baru tau pangai memasing..

zn said...

satu jer komen saya...kalo tak sanggup nak berubah..jgn la kawin....hehehe