Monday, October 12, 2009

Bila isteri dah tak cantik?

Salam...
selamat pagi isnin...Monday blues.. den busy.. ni ada sedikit story nak share..dapat kat email.. kalaula ada lelaki yg bleh komen alangkah besh.. :P


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah
melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami
saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya
yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya,
tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum
pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu
sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
meny edi akan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan
saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah
sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya,
memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam
apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30
tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai
ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia
mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya,
dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan
saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada
rangsanngan lagi bila melihat saya .

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu
pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya
mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang
menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah
wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana
memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung
sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya
bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang
saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada
topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal
politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia
mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya
di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita
menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah
duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri,
biarlah saya pendek dan s edi kit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga
kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti
perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan
kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita
di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya
pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah
kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah
keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya.
...InsyaAllah. .......


p/s: Erm sudahnya sampai ke tua kena slim seksi la eik? lelaki oh lelaki.. ni yg takut nak kawen ni..

4 comments:

zn said...

lelaki mmg kalo leh nak "trophy wife"..yg boleh diperagakan dan dibanggakan...

tapi bukan semua mcm tu....kalo dia ingat pengorbanan seorg isteri dan erti sebenar perkahwinan....

Beattey said...

sedihnyer.....

takut berlaku kpd diriku jua....

Anonymous said...

mintalah selalu kepada Penjaga hati suami, supaya kasihnya hanya untuk isterinya, bukan kepada perempuan2 yang tidak ada kene mengena dengan dirinya.. yang membolak balikkan hati suami adalah Allah, jadi adalah mudah jika terus meminta padaNya...

skadar cebisan pgalaman, buat mereka yang tiada rupa..hehe.. tapi ada hati yang cantikkkkk....

teman dari UK..=)

Anonymous said...

mintalah selalu kepada Penjaga hati suami, supaya kasihnya hanya untuk isterinya, bukan kepada perempuan2 yang tidak ada kene mengena dengan dirinya.. yang membolak balikkan hati suami adalah Allah, jadi adalah mudah jika terus meminta padaNya...

skadar cebisan pgalaman, buat mereka yang tiada rupa..hehe.. tapi ada hati yang cantikkkkk....

teman dari UK..=)