Monday, December 7, 2009

JUHAMA

salam...

sebenarnya byk nak share citer tapi malas nak type...tapi ini ada something yg nak sgt saya share ngan kawan2 sekalian.. memandangkan kawan2 saya semuanya dah jadi ibu,mak, mummy, ummi so rasanya elok dikongsi bersama citer ni.. dan kalau korang nak tahu..citer ni buat saya tersentap n sedar diri seketika... bukan mudah utk menjadi ibubapa yg terbaik kans.. saya belum ada anak..tapi nak sgt jadi parents yg dapat berikan didikan yg terbaik utk anak2..insyallah..

ok meh kita baca citer nih.. actually citer ni saya terpaksa kidnap dari blog fdaus, sembang Kencang, sbb mmg citer dia.. saya mmg tak penah miss baca blog Fdaus ni.. wpun citer2 dia sembang kencang..tapi ada maksud2 dan pengajaran yg tersirat..dan mmg tak boring membaca..ahaks.. so meh layan...

Rumah Banglo Enche Arfan - Proton City

Ahad lepas gua dan keluarga memenuhi jemputan Enche Arfan membuat parti Hari Jadi anak beliau yang gua tak tahu nombor berapa dan bernama apa.Gua saspek parti tu untuk anak bongsu beliau. (mungkin tadika, atau darjah satu).

Enche Arfan adalah kawan bapak gua.Disebabkan bapak gua tak dapat datang, maka gua lah yang menjadi penampan, walaupun hakikatnya gua tak berapa kenal siapa Enche Arfan.

Gua sampai ke sana dalam pukul dua, ada 2 khemah depan Banglo beliau.Gila babi rumah punya besar.Tetamu tetamu yang sedia ada juga kelihatan Eropah dan bercakap melayu campur campur British accent. Ramai antara mereka dalam linkungan umur 30'an,dan bersama mereka anak anak kecil lebih kurang sebaya Fateem. Belum lagi kami melangkah masuk ke halaman, bini gua dah ajak balik.Dia kata tak sesuai langsung baju tshirt HardRock (seperti gambar profail) yang gua kenakan dengan parti hari jadi yang gilang gemilang begitu. Nampak selekeh dan tak formal. Gua rasa ada kebenaran pada kata kata bini gua,yang ketika itu melaram dengan baju lengan panjang jenama pasaraya Ekonomi Tg malim,disesuaikan dengan seluar panjang cokelat, juga berasal dari pasaraya yang sama.

Sedang kami tercegat, Fateem dah terlebih dahulu melulu mengejar belon belon sambil niat dalam hati nak serbu ke meja hadiah.Mungkin dia ingat hadiah tu untuk dia, sebab gua pernah cakap,"kalau (kalau) ayah buat parti harijadi untuk fateem,mesti banyak orang bagi hadiah".Walaupun gua cakap tak serius, tapi fateem amek serius.Itu yang susah bila bercakap dengan fateem.

Tiada pilihan.Gua dan bini gua bersama adik kecik mengekori fateem ke dalam khemah.Kami duduk di kerusi yang kosong.Meja yang kami sertai langsung gua tak kenal.Orang orang dari kota London gamaknya.Hot moms bersama anak anak yang English habis.Gua hanya senyum senyum.Bini gua gagahkan diri hulurkan tangan bersalam.Agak ramah, para Hot Moms bertanya kami lebih kurang,dan entah apa sebab..aksesori wanita menjadi topik perbualan.Salah seorang dari Londoners (minah ni pakai spek hitam besar beb..) bersama anak perempuannya umur lebih kurang fateem,menjadi tekong perborakan.

Satu hal yang gua perhatikan,geng geng hot moms ni kurang sensitif.Mereka melayan golongan marhein macam kami ni ibarat melayan kumpulan borjouis.Itu tidak salah, cuma pada gua kurang sensitif.Sebagai contoh bercerita tentang design baru handbag Louis Vuitton, Channel, Prada dan baju Guess Kids yang 'harga ok' di Pavilion pada bini gua.Jadi apa yang lu orang expect bini gua nak jawab?, Ilmu ilmu yang diutarakan oleh rakan semeja belum tercapai oleh pengetahuan bini gua.Bini gua baru nak berlagak dengan Carlo Rhino, kasut Vincci, dan baju SALES di Sogo, tapi belum sempat nak belagak apa apa..dah kena taji dengan Prada, Jimmy Choo 'harga ok' di Pavilion.Apa cerita?.

Gua sengih sengih.Berdasarkan ilmu KLCC yang gua tuntut hari hari, gua sampuk sedikit sebanyak demi membela ego bini gua.Kelihatan kami kurang memberi input dalam topik koleksi designers,salah seorang rakan semeja cuba mengalih topik.Kali ni bercakap hal anak anak.Bini gua boleh masuk juga sembang sikit sikit.Walaupun dia banyak cakap hal general seperti jenama pampers, dan jenama susu.Kira orait la tu.

Terdorong dengan topik kanak kanak,tekong perborakan sebentar tadi menceritakan betapa beliau melatih anak perempuannya (umur 3-4 tahun kot) bermain piano,membacakan karya Walt Disney, Peterpan,Alice and Wonderland, Robin Hood dan beberapa kisah kanak kanak orang putih yang gua tak reti nak tulis takut salah ejaan.Anak beliau, panggilan Batrisyah (betul ke gua eja ni) turut menyampuk nyampuk sambil bercakap orang putih bila mama nya fokuskan perbualan pada hal kanak kanak.

Kami (gua, bini gua riba adik kecik, dan Fateem) sekali lagi terjerat dengan topik perbualan yang kena tapau.Cinabeng mana la gua pernah bacakan buku buku tu semua pada Fateem masa dia nak tido?.Fateem tido pun main ikut sempat saja.Kadang kadang atas toto, kadang kadang atas kerusi, pernah dia main baring baring dekat lantai dapur terus tertido pun ada.Hah cakap orang putih??, lagi la gua tak pernah didik, gua punya bahasa orang putih pun barai..lagi nak ajar orang. Fateem diam saja bila Batrisya mengulang balik ringkasan cerita pada mama nya lalu berkata mama nya, "very good Trisya".

Perbualan yang berlangsung dari tadi, memang tak adil langsung dan berat sebelah. Bini gua pun tak boleh masuk, apa lagi gua.Laki hot moms tu pulak entah pergi mana tak duduk di meja.Kalau ada geng lekaki boleh juga gua bukak cerita bola sikit sikit. Suasana perbualan masih berlegar pada cerita kanak kanak versi orang putih dan dan segala rancangan kanak kanak orang putih di ASTRO (takde bunyi Tom Tom Bak langsung).

***
***

"Fateem..sebelum tido mama dan papa Fateem suka bacakan buku cerita apa?".

Zaaasssssss...
soalan tekong perborakan yang memakai Handbag Louis Vuitton dilontarkan pada Fateem.Gua diam.Bini gua lagi diam muka naik biru.Haram kami tak pernah bacakan buku apa apa,nak membohong pun tak kena.Sekarang terpulang pada Fateem nak jawab macam mana.Gua sedikit tak sedap hati.Budak budak payah nak menipu, kalau takde tu takde la. Situasi macam mencekik tengkok gua.Tadi bini gua dah kena tapau, nampak gaya Fateem pulak nak kena tapau dengan Batrisya.

Fateem terkebil kebil. Keadaan hening. Gua telan air liur.

***
***
***
Dalam keadaan hati gua tak tenang.Fateem bagi jawapan, rilek serta bersahaja:



***
***

Fateem senyum.Batrisya memandang mama nya.Mungkin Batrisya tak boleh terima jawapan Fateem yang terkeluar dari konteks perbualan sebentar tadi.

NOTAKAKI
Gua pantas bangun pegi ambik nasik tambah lima pinggan,ayam goreng lapan ketul, kuah kari dua mangkuk.Bini gua pulak automatik letak handbag dia yang entah apa jenama atas meja, bersebalahan handbag Louis Vuitton hotmom tanpa rasa segan silu.
Kami pulang selepas makan dengan penuh berselera.Terima kasih Fateem...nanti ayah belanja aiskrim MatKool.


p/s : Credit to Firdaus n Family di Sembang Kencang

Apa pendapat korang eh..nak gak tahu pendapat kawanku sekalian...and camne korang bimbing anak2... ilmu utk saya gak nih.. sharing is caring kans..

ok take care all.. happy monday..

6 comments:

Dee said...

firstly, juhama tu apa? hahaha..ni kena suruh fateem explain ni..

ntahlah kaseh..org2 berkemampuan beza ngan org2 sederhana atau miskin..rasanya eloklah baca ayat qursi sebelum tidur kan..lebih afdal..

Kaseh said...

Dee : Juhama tu muqaddam kot.. tu yg beshnya citer ni.. si fdaus dok kelam kabut takut takleh nak join org2 kaya2 tu berborak n citer pasal anak..takut tak setaraf tapi atlast dia berbangga ngan anak dia.. sebelum tido baca muqaddam tuh.. bukan story book english yg dibanggakan oleh hotmoms yg dia citer tuh.. besh citer ni..suka kaseh baca.. kalau kaseh yg lahirkan fateem sejuk perut den..hehe

rasp said...

kalo tanya sapphire sis....
"sblum tido baca apa?"
mesti terus laju je dlm bahasa pelat dia akan baca doa makan hahahahaha...
so far, doa tu paling dia hafal :D
yg lelain, takat halfway je :D

Unknown said...

best cite ni...ada pengajaran di sebaliknya....bijak betul anak dia

CoOkiE MoNSter said...

best2....mst sentap semua hot mama kat situ. hehe..

Dinas Aldi said...

Kaseh,
sangat tersentuh baca entri ni. rasa tabik spring 100x kat Fateem. jawapan yang sangat sangat sangat baik! excellent!