Friday, August 7, 2009

Adakah cinta memerlukan sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


p/s: sayu hatiku..


7 comments:

Lazyf said...

Luv is blind...

cookiesbrownies said...

i'm so touched la kaseh. tapi perempuan memang macam tu. setiap benda mesti ada sebab. "saya beli kereta ni, sbb kaler dia cantik"; " saya suka awak sebab, awak cantik", "saya suka makan kat warung tu sbb owner dia hensem"..pokoknya perempuan tak macam lelaki.. kita selalu eager nak tau kenapa orang sayang kita... i pun macam tu..you pulak macam mana kaseh? :)

Kaseh said...

lazyf :cinta itu buta...tapi skang mana ada camtuh dik oii..


Alice : sayu kan baca entry tu.. tapi mmg betul pun.. kita pmpuan ni mmg sibuk nak tahu betul ke u syg i? kenapa u syg i? apa yg buat u syg i? hahah kalau tak dijawab merajuk pastu pk bukan2..adoii..

anyway pasal dating friday tuh kan..kalau ofis hr mmg tak free la dear.. after ofis hr then buleh..takpun nati kita set date lenkali eh..

sueanne said...

alahai kakkk..bagusnye laki die tue..:p

bila kite ditimpa kesusahan or malapetaka..time tue la kite tau sape disebelah kite?..sape yg sayang ngn kite?..sape yg sanggup menjaga kite?..

klu suami yg bagi puisi bagai syair bagai tue..nak ke dorang jaga isteri koma cmtue?..mgkin ada n mungkin x..

psst : lame akk hilang?..busy erhhh

alamanda said...

yes... cinta takde sebab. hasben saya pon cakap camtu..... memula sedih dengar. tapi biler fikir balik, baik le camtu. saya ni bukan ade ape ape yg istimewa pon. org dah sayang dah elok. hik hik hik.

ieda said...

kadang kala sebab sebagai pengukuh ikatan hubungan kita .. kerana kita sebagai manusia tidak akan lari dari hidup bersebab ... betul tak

janji hubungan itu membawa keberkatan dan kebahagiaan selamanya .. insyaallah

zul said...

cinta..???
bile pikir macam lawak jer..buat mase ni aku raser cinta ni macam sambal belacan...sedap di makan..tp klau tersalah makan..yang x tahan sbb resdung mst merah muker...lebih kurang la 2...so..pikir2 kan..hehehe