Friday, May 22, 2009

Malaysian Blogger - The Biggest Loser Contest

Salam..

Syukur alhamdullillah nampaknya ada sokongan dari rakan2 semua..terima kasih pada semua ehh..so memandangkan ini kali pertama saya organize contest sebegini jadi mungkin akan ada byk kekurangan tau so insyallah saya akan perbaiki dari masa ke semasa..and thanx to Ika and my cintahati yg sanggup volunteer utk tolong handle TBL contest ini...

Diantara syarat2 penyertaan adalah:

1. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia, tak kira sama ada lelaki atau perempuan yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pertandingan ini akan dilakukan secara ONLINE jadi tidak akan ada weekly physical challenge antara peserta tetapi cabaran lain yg akan diberikan. ( akan ditentukan kelak - idea dari anda semua amat dialu2kan).

2. Peraduan ini akan berlangsung selama 3 bulan. Bermula pada 1 June 2009 sehingga 30 September 2009.

3. Tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan didalam pertandingan ini.

4. Bayaran penyertaan sebanyak RM20 akan dikenakan. Bayaran ini hanya akan di collect pada Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 4hb October 2009 -tempat dan lokasi akan diberitahu kelak. Ini bukan scam atau sebarang bentuk penipuan. Support la kengkawan ku sekalian yek...

5. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak iaitu Peserta yg mempunyai `highest percentage weight loss`sepanjang sesi contest ini berjalan. Seandainya ada SERI diantara peserta maka peserta yg mempunyai kurang denda akan memenangi hadiah tersebut.

6. Sebarang bentuk sponsor amat di alu-alukan.

7. Sekiranya berat badan naik (semasa sesi timbang berat mingguan) walaupun 0.01 kg anda akan dikenakan DENDA RM 5.00. Jikalau berat anda tidak berubah anda tidak akan dikenakan apa-apa.

8. Bayaran wang RM20.00 bersama denda RM5.00 ( jikalau ada ) akan digunakan bagi membiayai Gathering Malaysian Blogger TBL Contest serta t-shirt "Gathering Malaysian Blogger TBL Contest 2009" bagi setiap peserta untuk digunakan masa sesi final timbang berat. (kalau tak cukup nati saya carik sponsor lagi )

9. Minima 10 peserta, Jikalau kurang daripada itu maka pertandingan ini mungkin atau tidak diteruskan.Terpulang kepada pihak penganjur. Harap-harap lebih la yang memasuki pertandingan ini nanti.

10. Terpulang kepada setiap peserta bagaimana cara untuk menurunkan berat badan. Samada bersenam, makan ubat, guna trainer ke, pam hampagas ke atau apa sahaja, janji setiap minggu ada turun tau... :]

11. Peserta juga wajib menghantar data tentang berat badan, gambar penuh, gambar mesin timbang berserta berat setiap hari jumaat sebelum pukul 12:00 malam. Kerana kami akan mengemaskini kan data setiap para peserta setiap minggu.

12. Keputusan terkini para peserta akan di umunkan setiap hari sabtu jam 12:00 tengahari. (paling lewat hari Isnin sebab organizer kadang2 sibuk dengan kerja) :)

13. Setiap para peserta juga dikehendaki memberikan maklumat seperti :-
(semua data peribadi yg anda akan dirahsiakan, kecuali blog url, berat, nama dan umur akan dipamerkan ). Kalau takde blog tu silalah buat satu yek...

contoh seperti berikut :-


( gambar ni sebagai contoh sahaja, kasi la gambar anda yang betul jangan malu dengan diri sendiri kerana itu lah diri anda - kami memerlukan sekeping gamba penuh head to toe dan satu gamba closeup dari muka hingga ke dada )

  • Nama : Aminah Bte Hasan
  • Umur : 29 tahun
  • Alamat : 66, Jalan Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia
  • No Telefon : 012-3456789
  • Tujuan : sy ingin mengurangkan berat badan sy kerana sy rasa berat badan sy naik membuak-buak selepas melahirkan anak sulung sy.
  • Berat Badan : 130 kg
  • Berat badan yang ingin di capai : 70kg dalam masa 3 bulan
  • Blog URL : www.AmySan.blogspot.com
14. Diharap semua para peserta yang memasuki pertandingan ini "JUJUR" dengan data yang mereka hantar. Jikalau anda "MENIPU" bermakna anda hanyalah "MENIPU" diri sendiri dan tiada apa-apa kemajuan yang akan dicapai.

15. Buktikan diri anda boleh berjaya. Buatlah untuk diri anda dan bukan untuk orang lain.Kerana itu yang terbaik.

16. Pertandingan ini dibuat bukanlah untuk mencari "NAMA MAHUPUN WANG RINGGIT"tapi hanyalah sebagai pembakar semangat dan motivasi utk diri sendiri dan kepada yang lain diluar sana.

17. Hadiah akan diberikan kepada peserta yang layak pada Gathering "Malaysian Blogger TBL Contest" pada 4hb October 2009. (NEXT ENTRY utk list hadiah eh)


18. Majulah sukan untuk negara dan Selamat berjaya diucapkan kepada semua para peserta.

19. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 May 2009. Kepada yg berminat boleh beri segala data peribadi yg dikehendaki pada kami selewat2nya pukul 12 mlm 29/5/09, dan emailkan kepada mydreamweight@yahoo.com

20. Kami akan create satu blog khas untuk contest ini tapi masih under construction. Insyallah bila dah ready akan kami umumkan. Anda akan tahu perkembangan peserta2 dari masa ke semasa melalui blog ini.


P/s : Terima kasih atas sokongan semua.. Tarikh utk Gath TBL contest itu mungkin bertukar, mengikut kesesuaian peserta. To be announce later ok..

*credit to my cintahati for the rules n regulation given..

10 comments:

Aimie said...

ermm.. gambar full tu nak dimasukkan ke blog TBL gak ke.. alamak.. tu je satu2nye syarat yang susah nak terime.. nak anta kat email no hal je..kalau cut kepala boleh? haha.. nama penuh pun tak display kan? pakai nama pendek je buleh? cik mmg jenis yang tak expose dlm blog arh.. camano ni?

Kaseh said...

cik nomi : kalau boleh mmg nak expose full picture sebab nati barulah nampak transformasi lepas 3 bulan..b4 and after :) nama betul takkan didisplay..hanya nickname, umur, berat, blog address..

Vienne said...

kalu dari sabah boleh join x??

Kaseh said...

boleh..cuma ada satu je masalah..andaikata vienne mng nati salah satu hadiah yg dioffer rasanya kat semenanjung je ada..tapi takpe...nati kaseh tgk2 balik hadiah2 tu eh..mehla join..

Unknown said...

kaseh....kiranya mia x leh join la ye....sebab lani mia dh dpt berat normal. Tgl nk berat ideal je..huhu....Tul tak? teringin nk msk. Tp, takut ditendang keluar ..yelah x ckp syarat....

Gathering tu camne tu..x fhm? kte kena berkumpul relaity di 1 tempat ke kaseh??

Kaseh said...

mia : hehe syukur mia dah dpt berat normal.. ha ah contest ni utk yg blum dapat dreamweight lagi.. tentang gath tu mmg kaseh cdg nak kumpul kawan2 bloggers n jmpa kat satu tpt..tapi tu masih dalam perancangan..tgk keadaan camne nati..

Sufy said...

bagus contest ne..hehe..tp sy da normal berat da..hek3..kene ikot gak ea..huhu

Anonymous said...

KASEH..AKAK MINAT NAK IKUT LA..TP MALU LAK..HEHEHEHE...BAGUSLA USAHA MURNI AWAK NI...TP NAK BELI CD WORK OUT TU BOLEH...

Kaseh said...

Sufy : kalau berat dah normal takyah join da dik.. cuma tolong bg sokongan pada yg join je pun cukup hehe

Anon : kak, meh la join apa nak segan lak.. tentang cd tu kaseh takdek jual tapi Zel ada..akak cuba masuk blog Zel.

Anonymous said...

waa baru je terbaca blog ni dah terlambatlah... Zila ovwght jg ni nak jg ikut.. skrg tiap pagi n petang jogging. Tp i duk sabah leh join ke. Ingat nak lose weight dlm 10kg ni..huhuhu.. nmpk gaya kena ikut next time lah ni