Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Buat PAPA ...dan MAMA...

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN BUAT PAPA YG TERSAYANG. WALAU JAUH DIMATA NAMUN PAPA SENTIASA DEKAT DIHATI KAMI SEMUA ANAK2MU DI MALAYSIA .... DOA KAMI MOGA PAPA DIDALAM LINDUNGAN ALLAH SELALU..AMINN..

UNTUK MAMA, TERIMA KASIH KERANA SENTIASA BERSAMA2 KAMI DIKALA SUKA DAN DUKA.. MOGA MAMA DIBERKATI ALLAH JUA HENDAKNYA.. AMINN....

Sajak Ayah Bonda

فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Ayahbonda.
Pada laku ada tutur dan bicara
Pada kata ada hikmah dan makna
Pada senyum ada nasihat dan marah
Pada belaian ada kasih dan sayang
Pada keringat dan air mata yang bercucuran
Ada harapan buat anak mu di masa mendatang.

Ayahnda.
Masih ku ingat pimpinan tangan mu
Masih ku ingat nasihat kasihmu
Yang menyubur di kalbu ini
“Anak ku, kita miskin, bukan harta yang dapat ayah tinggalkan,
Tapi ilmu, buat bekalan masa hadapan”.
Terima kasih ayahnda,
Nasihat mu ini akan ku abadikan
Sebagai pedoman
Buat mendidik anak-anak tersayang
Agar mereka menjadi manusia terbilang.

Bonda
Tak Terhitung oleh ku pengorbanan mu
Tak terbalas oleh ku setitis susu mu
Tidurku didodoi suara lembut mu
Peningku di picit jemari halus mu
Sedih ku terhapus oleh manis senyum mu,

Terima kasih bonda ku
Kerana berpayahan mengandungkan ku
Menyambung nyawa melahirkan diri ini
Memberi ruang bagi ku menajadi anak mu.

Ayahbonda

Ampunkan segala dosa ku
Maaf segala tutur ku yang menguris hati mu
Lakuku yang menyakiti hati mu
Sinis mataku yang menjeling mu
Kejauhan yang melupakan mu
Tanpa ampunan mu,
Seksanya aku di dunia ini
Apa lagi di akhirat nanti.

Ayahbonda

Atas kepayahan dan kepenatan mu
Membanting dan menebar segala kudrat
Akan ku susun dan tadah 10 jari
Memohon doa kesejahteraan mu
Semoga Hidup mu bersulam rahmat
Agar Pusara mu penuh berkat
Supaya akhiratmu dibalas nikmat

Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
semenjak dari diriku masih kecil.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Ampuni dosa kedua ibubapa ku
“ampuni dosa dua ibubapa ku,

aminnnnn


p/s : Selamat hari raya buat teman2 blogger sekalian... maaf zahir dan batin...




6 comments:

IMANSHAH said...

selamat berhari raya ya..maaf zahir batin

Dinas Aldi said...

Selamat hari raya & maaf zahir batin, Kaseh.

Unknown said...

selamat hari raya kak kaseh :-)

Unknown said...

salam hari raya kak dr mia

lily lotus said...

sis, lama tak masuk sini :) selamat berhari raya!

NM02 said...

hi kaseh, lama tak singgah sini

sihat ker? baru2 ni ada jumpa beberapa org blogger eh..

tgk dalam blog neena

syok la tgk korang bertemu