Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Buat PAPA ...dan MAMA...

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN BUAT PAPA YG TERSAYANG. WALAU JAUH DIMATA NAMUN PAPA SENTIASA DEKAT DIHATI KAMI SEMUA ANAK2MU DI MALAYSIA .... DOA KAMI MOGA PAPA DIDALAM LINDUNGAN ALLAH SELALU..AMINN..

UNTUK MAMA, TERIMA KASIH KERANA SENTIASA BERSAMA2 KAMI DIKALA SUKA DAN DUKA.. MOGA MAMA DIBERKATI ALLAH JUA HENDAKNYA.. AMINN....

Sajak Ayah Bonda

فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Ayahbonda.
Pada laku ada tutur dan bicara
Pada kata ada hikmah dan makna
Pada senyum ada nasihat dan marah
Pada belaian ada kasih dan sayang
Pada keringat dan air mata yang bercucuran
Ada harapan buat anak mu di masa mendatang.

Ayahnda.
Masih ku ingat pimpinan tangan mu
Masih ku ingat nasihat kasihmu
Yang menyubur di kalbu ini
“Anak ku, kita miskin, bukan harta yang dapat ayah tinggalkan,
Tapi ilmu, buat bekalan masa hadapan”.
Terima kasih ayahnda,
Nasihat mu ini akan ku abadikan
Sebagai pedoman
Buat mendidik anak-anak tersayang
Agar mereka menjadi manusia terbilang.

Bonda
Tak Terhitung oleh ku pengorbanan mu
Tak terbalas oleh ku setitis susu mu
Tidurku didodoi suara lembut mu
Peningku di picit jemari halus mu
Sedih ku terhapus oleh manis senyum mu,

Terima kasih bonda ku
Kerana berpayahan mengandungkan ku
Menyambung nyawa melahirkan diri ini
Memberi ruang bagi ku menajadi anak mu.

Ayahbonda

Ampunkan segala dosa ku
Maaf segala tutur ku yang menguris hati mu
Lakuku yang menyakiti hati mu
Sinis mataku yang menjeling mu
Kejauhan yang melupakan mu
Tanpa ampunan mu,
Seksanya aku di dunia ini
Apa lagi di akhirat nanti.

Ayahbonda

Atas kepayahan dan kepenatan mu
Membanting dan menebar segala kudrat
Akan ku susun dan tadah 10 jari
Memohon doa kesejahteraan mu
Semoga Hidup mu bersulam rahmat
Agar Pusara mu penuh berkat
Supaya akhiratmu dibalas nikmat

Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
semenjak dari diriku masih kecil.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Ampuni dosa kedua ibubapa ku
“ampuni dosa dua ibubapa ku,

aminnnnn


p/s : Selamat hari raya buat teman2 blogger sekalian... maaf zahir dan batin...




Tuesday, August 16, 2011

Perasmian ``SEMANIS KASEH`` :)

Assalammulaikum semua cintahatiku di blog ini..



lamanyaaa tak menjengahkan diri disini ya.. rindu rinduan nak baca blog kawan2.. dah terlampau banyakkkkkkkkkk citer2 yg saya dah termiss :(.. ampun maaf dipinta.. insyaALLAH pas raya nanti saya akan kembali aktif..



okeh sebenarnya dikesempatan ini saya nak merasmikan bisness yg saya war2kan dulu...lama giler pending kan.. siap tanya kawan2 nama yg sesuai utk bisness kecil2an saya nih.. dan alhamdullillah rasanya dah tiba masa saya kongsikan kegembiraan saya ini bersama anda2 semua cintahati saya :)

ok sebenarnya bisnes comel yg saya maksudkan itu adalah `CANDY BUFFET SERVICE` ...


insyaALLAH bermula bulan september ini..sempena bulan syawal yg mulia, saya akan mulakan service menyediakan candy buffet utk apa jua occasion seperti Birthday event, Kenduri2 cukur jambul/ Baby Shower, Weddings, Corporate Event dan yg bakal menyusul tak lama lagi.. OPEN HOUSE UTK RAYA ... insyaALLAH.. jadi kalau ada sapa2 dikalangan member2 semua nak try service candy buffet dari saya kena book awal2 yer.. dan sy akan sediakan yg terbaik utk event anda..


seperti yg korang maklum..ada sy mintak bantuan kawan2 tentang nama bisness comel2an saya tu kan.. dan berkat dari anda2 semua yg baik hati share idea maka..saya dgn besar hati dan happy sgt menerima idea dari KAkcik dan ChikATT..


kononnya nama yg diperlukan harus ada unsur2 masam dan manis kan.. hehe maka kakcik dan chikatt dah bg idea yg sgt simple yet comel.. iaitu `MASAM MANIS KASEH`...



sesungguhnya bila baca je nama tu saya sengeh sorang2..hati berbunga2..sbb rasa comel sgt..maka saya akan gunakan idea tersebut cuma saya dah tukar sedikit bg komersial konon2nya.. oleh itu dgn ini saya merasmikan nama bisness comel2an saya nih dgn nama..


SEMANIS KASEH


comel kan nama tu..ala2 semanis kurmaa... ehhe ada gak saya nak buh trademark bisness saya tuh.. ``aaahhhh manisnyaa candy kaseh`` ..hahaha...ok tak? :P


ok sebenarnya dah ada blog utk semanis kaseh nih tapi still under construction.. nak design2 bagai tuh den tak reti..nak carik org tlg buatkan.. anyway kalau kamu dan kamu2 semua baik hati meh la add bisness den di semaniskaseh.blogspot.com tapi bgtau awal2 ni..mmg sekosong kosongnya dalam web tu..sebb yerlaa baru nak start kan.. nati den update n kasi cun itu website wokay...



jadi kalau ada sapa2 nak jadi org pertama merasmikan candy buffet service by Semanis Kaseh nih bolehla contact saya di semaniskaseh@gmail.com utk quotation..


saya mintak maaf la sbb takde gamba nak share almaklumla 1st time..tapi disini saya nak sharekan gamba candy buffet service yg saya amek dari Somethingsweetbymimi utk besday anak buah saya si atish bulan 7 arituh.. dan honestly.. somethingsweet ni la merupakan my inspiration.. and my candy buffet service akan jadi lebih kurang mcm ni jugakla..ada candy2..ada choc fountain also.. kira mcm kalau nak jadi mekap artis kena ada sumber inspirasi kan..nak jadi macam Naza derina ker, Nurul syukur ker, saidatulnisa ker..haaa den pun ada sumber inspirasi gak.. utk bisness den ni definitely SomethingSweetbymimi...ngeee...




ni gamba candy buffet provided by Somethingsweetby mimi utk besday party anak buah saya si atish pada 18 July lepas.. sweet kan.. so cadangnya saya nak service mcm ni jugak cuma deco yg berbeza ofcoz...



yg ni gamba hasil google... comel sangat kan.. sukerr...




ni atish.. 8th birthday on 18th july... kt belakang tula candy buffet yg saya cater dari somethingsweetbymimi, mmg sweet sangat2 .. citer pasal besday atish nanti2 sy update eh..byk sgt gambo...


so kalau ada yg interested ngan candy buffet cik kaseh korang ni.. utk coming raya open house ker..atau besday party anak2 korang ker..wedding ker , jemput2la email yer.. insyaALLAH saya akan cuba berikan service yg terbaik.. :) dan jgn lupa rekomen kat kawan2 yg lain yer.. syg korang juta2...



terima kaseh kerana bg sokongan selama ni.. love hugs n kisses utk kamu...kamu dan kamu semua...