semlm saya terjumpa blog Sekamar Rindu dan tersentuh sgt membaca tazkirah yg dikongsi, so kali ni saya nak share ngan kawan2 semua..
Tazkirah pagi :" Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami...Ya Allah Tidak Terhitung.."

Assalamualaikum...
Sudah  lama tak menulis tazkirah..alhamdulillah di pagi yang mulia ini sempat  saya coretkan serba sedikit tazkirah bertajuk " Berapakah nilai Isteri  di mata seorang suami...Ya Allah Tidak Terhitung.." harap mendapat  sedikit menafaat ..insyaAllah. betapa besarnya jasa2 seorang isteri pada  si suami...tu pun seandainya suami melihat dengan mata hati...bukan  dengan mata emosi...silap sikit mahu diceraikan si  isteri......
Dalam  Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan  batin. Isteri tak diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalaupun dia  mempunyai harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan oleh  suami tanpa kerelaanya. Isteri bukan hamba kepada suami. Kalau suami  mahu menggaji seorang isteri, berapa agaknya nilai yang mesti dibayar?
Berapakah  harganya makanan yg sedap? Berapakah harganya layanan yang memuaskan  dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai, yang perlu dibayar  suami? Berapa harganya penjagaan anak-anak, didikan dan asuhan?
Kalau  isteri, ajar semua sekali dengan cara sembahyang,  mengajar anak2  hingga mengenal ayat-ayat Al-Quran hingga khatam al-quran, berapa pula  nilai harga yang suami patut bayar pada isteri? Harga merawat suami dan  anak-anak yang demam kerana terkena hujan petang semalam berapa pula  harganya..?. Kalua  mengaji jururwat swasta satu jam kena bayar RM 200.  Kena suami dan anak2 demam seminggu dah lebih RM 1000 kan.
Apakah  nilai upah untuk mengandungkan anak dan melahirkan anak? Upah untuk  menghantar nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan  darah, berapa pula nilainya? suami boleh bayar ke? Aduhai suami yang  beriman, tak akan dapat dihitung harga pengorbanan isteri.
Tak semua suami yang sedar akan pengorbanan isteri. Lebih2 lagi isteri yg tak bekerja jadi korban keegoan suami.
"  dah la tak bekerja..asyik nak menyusahkan saja.."  begitulah kalau  menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga.  Seorang isteri bukanlah malaikat yg sentiasa perfect dalam  segala-galanya. Disebabkan kelemahan2 yg begitulah si isteri memerlukan  suami di sisi.  Tak mungkin ada isteri yang hebat segala-galanya. mana  adakan superwomwn atau istilahnya kan?. Semua tu karut. Begitu pula  suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa saja  yang tak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah lembut dan  sabar, maka si isteri yang akan melengkapkan semua kekurangan suami itu.  Begitulah sebaliknya jika si isteri kurang sifat cekalnya maka suamilah  berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.
orang  kata..." duit adalah segalanya di dunia ini? betul ke.?"  ada juga  benarnya pendapat spt ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit yang  berkat akan menjdikan kita lebih takutkan Allah SWT. Bersyukur ketika  kita mendapatkannya dan redha jika hilang di tangan kita. Kalau duit  yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan duit panas yang tak  berkat..minta dijauhkan..Sebagai seorang isteri..anda sangat  berharga..tiada nilainya jika nak dibandingkan dgn wang ringgit berjuta  sekalipun. Tunjukkan lah maruah anda dengan kasih sayang dan  bertanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW, ada  Saidatina Khadijah RA bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya  anak-anak yang ramai, bahkan memberi sumber kewangan bagi menolong  dakwah baginda.
wasalam..
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:
i loike tis artikel!
Bagus tazkirah ni.
Bagus kalau para suami membacanya..:-)
Post a Comment