Saturday, April 3, 2010

Afundi Maulana lagi boleh?


salam syg buat kwn2 blog . .hehe

Mcm biasa la, jgn lupa tlg vote Maulana yer . . We all satu umh da ready dgn hp nk afundi, hp yg da berzaman x pakai pun tpaksa kuarkn blk siap beli simcard baru nk afundi punya pasal..

Bantal tilam pun da ready dpn Tv, biasala 1st class seat harus bleh baring2. .

Utk sesapa yg sokong Maulana, thanx a lot, dan yg mana x suka pun takpe, den x kesah . .ok jek ni . . Biasalah pilihan ati masing2 kan. . Oklah . .yg mana tlg vote sekali tu .. Sy hargai sgt2. . .n kalau ada yg nk beli t-shirt Maulana nati bleh leave komen. .

Daa. . Muash . . Salam

Saturday, March 27, 2010

Afundi MAULANA!



salam

Wahai rakan2ku sekalian, jgn lupa vote MAULANA malam ni yer! Supportla kazen ai sorang ni . .ahaks . .

Afundi MAULANA



Afundi MAULANA



Afundi MAULANA

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Benar: Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Sayu citer ni…

Aku menggeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Bapa aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak…



p/s: hahaha g sambung wat keja.. miss u alll

Saturday, March 13, 2010

akademi fantasia 8


salam,

Ada sapa2 layan AF8? Kalau ada nati jgn lupa vote 4 MAULANA yer! Dia kazen ai . . Tima kaseh byk2. . .

Tuesday, March 9, 2010

Lagu favorite cik kaseh :P



Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

p/s: besh layan lagu ni.. hehehe penghibur duka lara chewahh

Sunday, March 7, 2010

Na O Mei

Salam,

na o mei.. oh na o mei...

korang tgk tak citer ni ptg2 kat TV3 - 6:30-7:30, isnin sampai khamis ...

saya layan citer ni.. seboleh2 nak balik keje awal.. kena make sure sampai umah b4 kul 6.30

semua gara2 nak tgk si sweet elly mazlein ngan ady putra yg hensem itu.. betul2 lelaki melayu terakhir la kan.. macho..tapi cara dia bersuar pendek tu.. tak menarik minatku sgt.. ehhehe drama..

elly mazlin pun saya tak minat sgt dulu tapi bila dia berlakon citer ni.... dia jadi lembut sgt.. suka tgk.

pastu lagu2 dalam drama tu besh2 kan.. jenuh saya mendownload semua lagu2 dalam citer tuh... so kali ni saya nak share ngan korang yg mana minat tgk Na O Mei macam saya tuh.. erm saya suka semua lagu2 dalam citer tu. menyentap perasaan ku.. jom layan.. kalau agak2 putus2 lagu tu..korang refresh je la eh..



1) Terakhir - Mahkota band



2) Dinda- Mahkota Band



3) DOsakah aku - NIdji



4) Hidupmu hidupku - Zigaz (most fav)



5) BIsikan rindu - Han





lahaiii cair la dgr lagu2 ni semua.. pandai director pilih lagu..tapi syg semua lagu2 dari indon kecuali lagu Han- bisikan rindu tu.. so amacam? korang suka tak..hehe.. okla..tu je..

Thursday, March 4, 2010

SUMPAHAN

SESUMPAH DI SUMPAH MENJADI SESUMPAH,
SESUMPAH BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH AGAR MENYUMPAH SESUMPAH YANG BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH,SESUMPAH DI SUMPAH AGAR MENYUMPAH.

SUMPAHAN SESUMPAH KEPADA SESUMPAH YANG BERSUMPAH KEPADA SESUMPAH DISUMPAH AGAR MENYUMPAH SESUMPAH YANG DISUMPAH.

SESUMPAH DISUMPAH DAN DIPANGGIL SESUMPAH.

ERMM...

SUMPAH SAKIT HATI BILA BACA ENTRY NI KAN!!

HAHAHAHAHHA....


P/S: LOVE U ALL.. EHEKS..

Thursday, February 25, 2010

Bila ngidam ngalahkan org pregnant!

Salam..

cakkk semua.. rindunyaaaaaaaaaaaa kat korang2 semua.. rindu nak berblog.. rindu nak baca citer2 korang.. waaa betul2 ketinggalan zaman dah den ni.. byk entry2 korang yg den terlepas pandang..
bukan disengajakan tapi mmg tak sempat nak berblogging sgt n takdak mood..
anyway ni baru nak berjinak2 kembali... hehe..tapi taktaula baper lama leh tahan ni..

hari ni saje je nak share something yg amat tak sesuai dipandang oleh rakan2 yg tgh dok diet.. hehe

citer dah lama simpan tapi tak kisah la ek kalau baru nak post entry ni...

ni pasal saya yg teringin ya amat nak makan cupcakes.. asal2nya aritu terpandang kat Blog Eynda.. ada cupcakes macam lazat jek... tapi masa tu kalau tak silap eynda beli kat shah alam..so berpikir gak la dari kajang nak ke shah alam semata2 nak carik cupcakes tuh..mmg sgt malas..

so nak dijadikan citer.. adik2ku jadi mangsa.. asal si amy g mana2 je mula la saya sibuk kirim beli cupcakes.. jenuh gak la dia nak turutkan kehendak ibu ngandung tak beranak2 ni..heheh..

so arituh si amy g midvalley maka disebabkan dia kesian kat akak dia yg tgh ngidam ni..maka bertungkus lumus la mencari cupcakes... siap call saya kat opis tanya kat mana nak carik cupcakes.. saya pun gigih la mengugel.. tgk2 kat mid ada `Delectable` cupcakes..

so amy pun g la membeli utk kakak kesayangan dia ni.. mahal jugak la cuppies ni.. 3 biji RM25,
mana taknya ..designers cuppies ghupanya..padanla mahal.. tapi bleh la tahan rasa dia..

Lawa kan packaging dia..

ada 3 ketul jek.. abaikan rupa yg tak menarik tuh..sebab sampai2 umah kotak cuppies ni terjatuh..maka senget2 la sugar paste tu.. tapi senget2 pun sedap..


overall boleh tahan la rasa dia.. yg gamba garfield tu sedap.. ada rasa peanut butter.. yang lain tu manis lar.... takleh tahan woo gumpaste dia tuh..

so patutnya dah sampai la hajat nak cuppies kan.. tapi tak... still tak puas hati sebab manis sgt.. so pmpuan konon2 ngidam ni.. mintak dicarikan cuppies lagi..haha.. so kali ni si andak jadi mangsa.. dia g dating ngan awek dia kat Sunway Pyramid.. yaa berita yg paling besh ku dgr masa tuh sebab kat pyramid ada Cuppachics.. so apa lagi kan..

dapat jugakla hajat nak rasa cuppcakechics ni... yg ni tak semahal delectable tuh... kalau tak silap RM4.5o je sebiji..


tapi rasanya punyaaalaaaaa sedapppppppppppppp!! haaa amek..hehe mmg sodap.... tak tipu...
tak berapa manis..n mmg dh pesan ngan andak takmo yg gumpaste2 tu..nak yg cream topping..so dapat la seperti diatas.. den taktau nama sebijik2.. tapi rasanya mmg sedap..

haaa tgk tu..yummy kan... tapi kalau tgk skang pun dah tak ngidam dah.. hehe sebab dah dapat rasa..cukuplaa... tapi pasni teringin nak order ngan kawan2 yg pandai buat cuppies ni... nati2la bebila datang angin teringin tu nati..

erm..tu je kot..citer utk arinih.. saje bg korang terliur..erkk...ada ke yg terliur ? hehe

p/s : miss u all so much...

Tuesday, February 23, 2010

Kisah Pahit Seorang GIGOLO

Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust.. mencuba-cuba menjadi gigolo.
Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.

Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju
kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Man, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..


Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

pergi kerja! kerja !

HEHEHEHEEE. ........ ..

Sunday, February 7, 2010

kawan....

salam...

utk kawan2 ku sekalian... buat Amy di german, lazyf, Rasp ...thanx for ur concern dear... dan juga kwn2 yg lain yg masih datang menjenguk blogku yg suram ni..wpun takde new entry korang jenguk jugak kan..
terima kaseh sgt2.. appreciate it much.. bukan taknak post new entry tapi masa tak mengizinkan.. mmg tak sempat sgt2.. busy di office..balik rumah letih.. dan...yg pasti ermm jiwaku tak berapa tenteram sekarang.. insyaALLAH, pjg umur.. ada rezeki..akan ku mula berblogging kembali ya.. salam sayang buat semua...

kawan...
bila rasa ingin menangIs..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau...
tapi tak leh ramai sangat..
nanti habih air mata aku...

kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...
tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat..,
aku nak kejar..kaki aku pendek...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

kawan..
jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...


tetapi kawan..
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas message kau..
aku tidak angkat panggilan dari kau...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..