Tuesday, August 18, 2009

Strategi diet Bulan Puasa :)

Salam..

dah lama tak citer pasal diet kan.. ermm sebenarnya diet takde la ok sgt pun tapi tak kelaut jugak..cuma lembabs je.. biasala byk pk..haha ye la kot.. susah gak hati bila dipikirkan tapi..pk je tak guna kans... haha..

semlm.. masa tgh syok2 merehatkan/memalaskan diri depan tv tiba2 ada sms masuk... maka terjadilah perbualan antara kakak n adik yg sedang bertungkus lumus mendietkan diri.. haha layanss...


Ika : Report progress diet..
Me : suka2 je nak bakar Celebrity Fitness haha

Ika : terkejut?

Me : Takut? haha

Ika : Challenge? ermm

Me : can do maa ..:P

Ika : Cabaran bakal bermula!

Me : bersemangat kah!

Ika : Sweet dear sister.. :)

maka..itulah plan diet kami utk bulan puasa ni.. haha mudah2an menjadi la.. lagipun kat umah mmg semua nak diet..mama awal2 dah bgtau dia malas masak..so semua kena malas makan gak.. tapi weekdays tu bleh lagi diet..tapi weekends? aduhai.. baru je nak pow andak berbuka kat Hilton...waaaaaaaaaa... takper.. diet diet kaseh.. dah boolat sangat dah badan tuh.. tak sedar2 lagi ker? yaya saya ingat.. n saya akan diet.. so sama2la kita beribadat sambil menguruskan badan di bulan puasa yg mulia yg bakal tiba nati..insyaALLAH..

to ika... chaiyokk ..hehe kurma n susu only okayy... :P muahahahah gelak jahat gak..

p/s : selamat menyambut Ramadan dan jom diet ramai2.. :)

Monday, August 17, 2009

Akhil, Waheeda, Maizawati, anak2?

Akhil sunting Waheeda


AKHIL mencium dahi isterinya, Waheeda selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Baharu semalam.


KUALA KUBU BAHARU - Sebelum ini, mereka saling menafikan ada perasaan cinta dan hanya menganggap hubungan yang sedia terjalin cuma sekadar gosip rakan artis.

Walaupun 'kemesraan' antara mereka semakin jelas, namun hubungan antara pendakwah, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi nasyid, Waheeda, 30, semakin menjadi kontroversi sejak perceraian Akhil dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, pada bulan lalu.

Namun semalam, selepas genap sebulan Akhil dan Maizawati disahkan bercerai, akhirnya Akhil yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Rock' menamatkan spekulasi dengan menyunting Waheeda sebagai isteri yang sah.

Pasangan itu selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah Rujuk Dan Cerai, Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Jaid di Masjid Jamek Al-Rahimah di sini tepat pukul 12 tengah hari.

"Ini adalah penutup spekulasi kami selain bukti kami belum pernah bernikah sebelum ini. Ini adalah pernikahan sebenar," ujar Akhil ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.

Akhil yang kelihatan ceria hadir ditemani dua daripada empat anaknya, Siti Nurmaisarah, 12, dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, dan beberapa ahli keluarganya dari Gopeng, Perak. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 orang.

Waheeda atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abdul Wahab yang hadir dengan ditemani beberapa ahli keluarganya termasuk ibunya, Hajah Asri Othman, 58, dan bapanya Abdul Wahab Yusof, 58 pula berkata: "Saya percaya setiap dugaan yang besar ada hikmahnya. Pernikahan ini adalah ganjaran dugaan saya."


korang nak baca citer selanjutnya klik2 sini , pastukan..tolongla bg komen kat sini...saya nak tahu pendapat ikhlas anda semua ....


Meh Layan mulut MURAI kat sini

p/s: apa agaknya perasaan wanita2 yg mengambil suami org ni eh? bahagia? ya allah ya tuhanku..kau hindari diriku ini dari mengambil hak orang... amin...

SPECIAL DEDICATION TO PRINCESS AVIN DAMIA ALHAMRA

salam...

ni sticky mode eh.. selama 3 hari.. or sampai saya puas hati..hehe..

Entry baru scroll kat bawah..

entry ni khas utk princess Avin NurDamia Alhamra...

Happy 2nd Birthday...

Lots of love from auntie kaseh...

utk kawan..kalau tersinggah blog ni.. bleh la layan video ni......n komen hasil kerja ku ini (baru belajar buat sendiri) hehe

2 hari ngular kat opis nak siapkan video ni..

hasil kidnap gamba2 dari blog2 org..hehe.tenkiu...

hope u all suka.. sgt sweet.... :) ``SEMPURNA``


Wednesday, August 12, 2009

Avin Damia Alhamra`s Birthday - The Moment

salam..

lama tak update padahal byk nak update..tersgt sibuk n tak sihat.. 1 1/2 mc... dok umah tido..

ni baru nak update citer Besday Avin arituh.. sangat beshh...kita layan gamba eh.. anyway gamba terlalu byk so kena post sikit2 dulu wokay kawan2..

Aritu saya pegi Besday Party avin ngan famili ..jenuh gak mencari Dewan tu..tapi alhamdulillah sampai jugak tepat pada masanya..

masuk2 sign kat guestbook n dapat doorgift yg sgt comel..tapi lupa nak amek gambo plak..


pastu b4 masuk pintu dewan..ditahan oleh dayang kecik berbaju pink...kena sign ini pulak..
Ya kena sign kat banner tu.. alala2 comel... ermm kat mana nak sign ehh..

Since saya sampai agak awal la jugak so bleh pilih tpt yg cun utk signage.. hehe nampak tak..betul2 kat baju princess avin kaler pink..dah auntie kaseh pun suka pink la sayang...
jap jap nak close up sket..

tadaaa..tu dia auntie kaseh sign kat baju pink Damia... :)

pastu kitaorg tunggu dan makan2 sambil tunggu princess sampai...makanan dia sgt byk tapi tak sempat nak amek gamba.. rasa kalau korang blog hopping sure nampak kat mana2 blog yg ada letak gamba2 food masa besday Damia arituh.hehe...tapi yg pasti..

Mama makan laksa 2 kali..wakakka.. me too.. sebab sedappp..

amy buat muka protes sebab disuruh amekkan laksa lagi..wakakaka.. dapat pahala apa tolong kakak... :P


pastu tunggu punya tunggu..nati punya nanti..maka.. ketibaan puteri yg dirai..



BIrthday girl - Princess Avin Damia ALhamra...

birthday theme adalah pink n hijau.. sgt shuweett!!




BIrthday cake n prizes for lucky draw n games..

Bersama Kak ty n anakandanya..and wanie.

tu dia..peacee mummyshafie.. hehe.. ada gamba kita bertiga kan..nati la kaseh kidnap gambo tu



Bersama family Masviona..Mummysya.. kakty..wanie..Sib baik Damia tak nangeh masa mama dukung tuh..tapi den lak yg nyesal tak dukung n tak mintak Damia huggg....

Peace!! Mama n Damia... Kin(Mummysya ) n ariesya... Me n atish

BIrthday cake Damia, still ikut tema..pink n hijau..

Masa ni tgh ramai2 nyanyi lagu besday..actually saya ada record tau..tapi rasanya terdelete or maybe tak save.. sgt terkilan woo :(

Tapi mmg fun sgt2.. tgk tu avin nak potong kek bersama Bonda dan Walidnya..


DJ Epoi yg sangat sempoi...walaweiiiii.... sok den kawen nak jemput beliau lar.. :p gerenti havoc kenduri nati..haha

manyaknyaa hadiah Damia.. meh share ngan auntie bleh?..hehe saya bawak 3 hadiah..bistu dah bawak si kakak n adik..so masing2 nak gak bawak hadiah..maka dorang bwk sorang satu..pastu saya pun bawak la satu.. tapi tak seberapa pun..hope baby damia suka..


and ni yg paling besh...
hadiah yg kitaorng dapat! erkk? besday Damia tapi kitaorg pun dapat hadiah? hahah kenapa dapat hadiah kena tunggu next entry ehh. tak lama.. jap lagi ku post entry baru..haha..


p/s: Event yg sgt besh! bilala dapat buat utk anak sendiri..

Monday, August 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY AVIN DAMIA ALHAMRA

Salam...

Aritu masa pegi gath Bowling di Alamanda..saya dapat invitation dari Masviona.com..


cute je watikah nyer.. green n pink.. didalamnya...



Jemputan ke besday party anakanda kesayangan Queen Masviona & King prebetsabu!

once again...

A Happy Belated Birthday to Princess Avin Damia Alhamra!

Semalam me n my family pegi Gathering Besday Party Puteri Kesayangan Masviona & Prebetsabu di Bangi.. the event was awesome.. sangat meriah... nati saya share more pictures eh... :)

nak buat keja dulu... zassssssssssssss....


p/s: lupa nak mintak Hugggg dari besday girl..haiyaa..

The Biggest Loser Asia -Mereka pasti Berjaya!


Salam...

Pagi ni sibuk.. so ni just a short entry nk share ngan semua....

Ingat tak aritu saya beria nak g audition Biggest Loser asia?

yee ingat kan..n saya tak pegi pun..sebab ada hal2 yg tak dapat dielakkan..

anyway pagi ni saya terbaca tentang Audition yg lepas.. so nak share ngan semua..

KLIK SINI EH..

Wish them all...the very best of luck!!

perghh kalau kurus masing2 ni..sure hensem n cun2....hehehe



p/s: waaaaaaaa saya mau jugakk!! :(

Friday, August 7, 2009

Adakah cinta memerlukan sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


p/s: sayu hatiku..


Wednesday, August 5, 2009

Tips Menghidu Kecurangan Suami

Salam..

saja nak share info ni.. utk panduan kita bersama..

credit to web TC..


Saya dapat tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.


1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

NOWA! mau simbah Asid ker potong ko***?



p/s: lelaki mampu kawen 4 tapi tak mampu nak berlaku adil.. rasanya kalau saya la kan.. saya ikut cam Miss Geli2.. kerat Kot** wakakaka.. masuk jail woo nati nowa woii..!!

Jalan Jalan Lupa Diet - LeMon

Salam.. actually kan bykkk entry makan tau..tapi buh yg ni dulu la kot.. sebab ni amy dah post dulu so copy paste je la citer dia..hahaha..

ok yg mana belum lunch tuh silalah menjamu mata.. saya tgk balik gambo ni pun terliur....sib baik dah kenyang makan QUaker Oats.. oh ya..minggu ni adalah minggu Quaker Oats sahaja.. yg lain diharamkan.. kecuali weekends...

entry dibawah adalah copy paste sebijik amy punya.. haha.. saya sgt sibuk n malas seketika..

------------------------------------------------------------------

Aku ada banyakkkk sgt entry makanan neh.... tp cm.. haih... makan je .. makan makan makan... ye lah.. dah mmg tiap2 ari semua org wajib makan kan.. sbb tu la ala2 cm banyak.. makan pulak jenis makan luar je...

mama kalau anak kesayangan dier x balik rumah.. dier malas nak masak...
if anak kesayangan dier balik... huh.. pagi2 sebelum subuh dah keluar g pasar beli barang2 nk masak.. haha !

Ni makan masa bila eh? Tak silap Isnin lepas. Sepatutnya nak makan ramai2. Tapi mama xnak ikut, anak kesayangan dia tak sampai2 rumah lagi. Angah pulak nak berak. Dia kalau berak mmg tak igt dunia la. Berjam2 dalam jamban. Kalau dia dah masuk jamban tu haa malang la nasib sapa2 yang sakit perut time tu. Aku la termasuk dalam orang yang malang tu. Bila perut sakit tetiba, dengan pantas Aku ambik kunci rumah bawah n turun ikut tangga dgn pantas sekali. Lagi best if nak bukak2 kunci lock semua tibe2 tak boleh bukak.. mmg lahanat sungguh.

Gila panjang betul kesah berak ni.. Padahal nak cite pasal makan. Giler jijik!

Ok sambung.

Makanya, Aku n Along sajelah yang menggendutkan diri.
Along biasa lah zaman dapat gaji kaya la dia makan tempat mahal. time tengah2 bulan nanti tiap2 hari makan sekali sehari je dengan nasik berlaukkan udang geragau dgn telor mata kerbau!


Tempat favourite yang dekat dengan rumah n sedap.



LEMON !~
Dekat Metro Point lah paling dekat. Tak pun dekat Mines.
Aku dah snap gamba 2 kali pn still blur.
Nampak sangat tak hebat !



Sepanjang berapa banyak kali Aku datang sini. Konfem kosong je ! Haha !
Tak tau la apesal. Ke time Aku pergi mmg waktu x ramai orang.
Or mmg takda orang yg nak makan kat sini??
Support lah David Teoh weh !
hahhahhaha

Menu ~

Chef Recommended Menu!~
Malas mahu snap yang lain. Banyak sangat.
So letak yang ala2 sedap je la..

Braised Tofu with Scramble Egg~
RM13

Deep Fried Lemon Chicken~
RM18

Stir-Fried Four Local Vegetables with Belacan~
RM13
**oh oh ini adalah favourite encik Adli**

Nestum Butter Prawns~
RM30
**Sanggup ambik walaupun mahal sbb along mengidam. Karang tak pasal2 baby keluar mulut meleleh2 air liur!Haha!**

Awal2 memang sangat lahap.
Lama2 perut buncit ini terasa penuh.
Argh.. apasal ko cepat sangat kenyang ha perut?
Lauk tak sempat licin dah kenyang.

Total RM88.55
Bayangkan if tiap2 hari lunch dua orang bil dia macam neh.
erkkkkkkkk~

Makanan yang ade baki banyak lagi harus kena tapau. kalau tak rugi.

Lepas tu Aku terkedek2 ke Starbucks beli Java Chip Frap. Haha ! eh korang ade tak dapat yg cop2 tu?? Aku still tgh memikirkan patut redeem air ke or redeem merchandise bodoh dier tu. Ade ke patut bagi bag je. Kalau kasik tumbler best la jugak.


----------------------------------------------


p/s: giler wat entry makanan tghari buta ni..lapor terus.. waaa takkan QUaker Oats lagik?

Tuesday, August 4, 2009

Tersirat dan Tersurat!

Salam..

cakk..rindu kat kawan2 semua.. tapi minggu ni agak busy sket.. nati2 la eh sesi lawatan ke blog kawan2..dan membalas komen2.. sayang korang semua...

ok saje nak share menda ni. sebagai hiburan.. :)

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.



p/s: lelaki2 sila faham eh :)